Start gerak dr Kelantan kol 2.30pm. Sempat jemput dulu anak buah hubby, Mira. Form 4. Cuti skola kan dah start, dia pun nak merasa bercuti cuti sekolah ke KL pulak, so kitorg pun angkut aje lah.
Smp tgh jalan, mana ek.. lepas2 Gua Musang lah, perkh hujan punyalah lebat smp jalan pun x berapa nampak.
Ada 1 part yg kelakau x ingatlah. Around pukul 8pm gitulah, kitorg smp ke somewhere in Pahang. Lupalah pulak achik namo tompek eh.. Baekk punya aku potong memotong bukan 1 2 keta tp berketa ketalah. Sekali dr jauh ada simpang 3 masuk kiri, hubby dah nampak dr jauh ada palang menghadang kat tgh2 simpang tu. Maknanya dr jalan kitorg tu xleh lah nak memotong. So, seblum smpai ke penghadang tu, aku berjaya lah masuk balik ke dlm line. Terima kasih kepada last keta yg aku ptong sbb bagi masuk jalan balik.
Yg kelakarnya, sebaek aku keluar baris nak memotong, keta belakang (kaler purple) pun ikut motong gak. Tapi aku sempat masuk line balik ngam2 smp ke penghadang tu, tp keta belakang x dpt masuk line balik. Cuba anda semua bayangkan betapa kelakarnya kitorg tgk dia, n betapa cuaknya dia berapa di jln yg bertentangan? Bayangkan kalo tetiba ada lori treler pulak dtg menghadap? SubhanAllah...
Kitorg gelak jgn nak cakap ah. Memang kelakar lah rasanya. Itu baru kitorg, keta2 yg lain yg menjadi saksi kejadian? Adoii...mesti org dlm keta yg baru nak kuar simpang tu konpius tgk apa kejadahnya tetiba ada 1 keta sesat berada di jln bertentangan...
Tp Alhamdullillah, kejadian tersebut tidak berakhir di dada2 akhbar yg menyiarkan berita kemalangan membabitkan keta tersebut. Keta tu sempat masuk balik dlm barisan melalui simpg 3 tu, n selepas cabang ke kiri tu baru lah terdpt kenderaan dtg dr arah bertentangan. Lori pulak tu.. Simpang malaikat 44+44 lagi.
Dan kami tiba di rumah pada jam 10.30pm. Syukur Alhamdullillah, perjalanan kami selamat. Selamat pergi dan selamat pulang ke rumah dlm keadaan sihat sejahtera di bawah lindungan -Nya
Oh yeah, selepas kejadian tersebt, aku tertunggu2 gak bila keta purple tu nak pintas aku, sbb aku nak tgk sape drivernya. Tp smp ke sudah, aku x pasan ada keta purple potong aku. Mmm...xkan terus melupakan xtvty potong memotong kot...?? Hehehe hahahaa...
No comments:
Post a Comment