Tuesday, December 31, 2013

aNaK SHaPa?

Selalu mumi akan pelok2 cium2 Damia ku sayang. Kalo masa Damia kecik2 dulu memang susah nak dpt pelok cium2 Damia tanpa Damia meronta2. Sebab Damia rimas. Dari kena pelok cium baik Damia dok punggah semua barang sampai rumah jadik kapal karam.
La ni dah besar sikit dah boleh faham bahasa senang sikit nak pelok2. Damia faham.

And 1 of the aktiviti wajib adalah mumi mesti pelok cium Damia every time balik kerja. Kalo mumi cakap

" kakak x pelok mumi lagi kan? " Damia faham. Dia mesti dtg pelok n kiss mumi dulu before meneruskan aktiviti.

Kalo masa kecik2 dulu, setiap kali pelok2 cium tu mesti mumi tanya

" ni anak siapa ni..?" 

Disebabkan Damia x pandai lagi cakap n mungkin jugak x paham pun mumi cakap apa, so mumi akan tolong jawapkan ..

" ni anak mumi......"

And guess what happen last nite?

Mumi pelok cium gomol2 Damia n suddenly Damia asked me

" Mumi ni anak shapa? "

Mumi : Hoh??!!

LoL



RoaD TaX

Ya Allah Ya Allah.. macamana bisa lupak?

Huhu.. insurans keta akan mati on 4th Jan 2014. Murah la pun sebab keta dah 8 tahun, value dah turun sangat. 8 tahun dah ye usia kereta ku.

Tahun depan habis bayar.. selang 2 bulan kita gi hanimunnnn....


Monday, December 30, 2013

SeKoLaH 2014

Hari ni adalah first day sekolah utk sesi 2014. Abg Haziq dah otw nak gi sekolah. Registration untuk budak darjah 1. Damia? Belum lagi.. next week baru start... tadika. Hikhikhik...

Masa kat parking moto nak gi keje tadi nampak la sorg budak dah siap pakai baju sekolah. Mumi terus tanya aje la.. mesti darjah 1 ni sebab setahu mumi sekolah start this thursday.

Sekolah kat Seksyen 20, Shah Alam. Ibu eh gtau situ la sekolah terdekat. Owhh ye ke? Mumi kena terima kenyataan kalo dok Shah Alam ni xde sekolah Cina okay. Majority penduduk kat Shah Alam ni pun dah sah2 Melayu. Ermm... :(

Tetiba teringat masa mumi first day sekolah tau. Kat SRK Jalan Gurney 2 Kuala Lumpur tahun 1988. Datenya dah x ingat. Hari ni masuk sekolah, esoknya muka ai terpampang keluar punyalah besar u kat Utusan Malaysia. Jangan mare..

Sampai sekrg xde sgt usaha nak cari balik gambar tu. Online Utusan memang xde lah kan. Keratan dulu dulu lah memang ada. Pastu ntah hilang ke mana. :(

xtau la bole jumpa ke tidak..


Thursday, December 26, 2013

BeRJiMaK MaLaM JuMaaT

Kenapa Suami Isteri Dianjurkan Berjimak Pada Malam Jumaat? | Bagi pasangan suami-isteri, terutama pihak suami, malam Jumaat itu “keramat”. Sebabnya tentu saja, kerana ada anjuran [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] untuk berjima’ di malam ini. Dalam sunnah, ada kewajiban. Dalam kewajiban ada sunnah. Sungguh indah Islam! Lebih dari itu, dalam kewajiban dan sunnah tersebut, ada kenikmatan syahwat dunia yang halal. Halal, tentu berarti berpahala.

“Suami wajib menjimak isterinya sekurang-kurangnya satu kali dalam sebulan,” kata Ibnu Hazm, “kalau tidak, berarti ia durhaka terhadap Allah.”

Jika Ibnu Hazm berbicara tentang kewajiban jima bagi suami isteri, Imam Al Ghazali menjelaskan mengenai kepatutannya.

“Sepatutnya suami menjimak isterinya pada setiap empat malam satu kali. Ini lebih baik,” kata ulama bergelar hujjatul Islam itu. Namun, Al Ghazali tidak memaknai batasan itu secara kaku. “Bahkan sangat bijaksana kalau lebih dari sekali dalam empat malam, boleh pula kurang dari itu, sesuai keperluan isteri.”

Lalu jika perlu memilih hari dalam jima, adakah keutamaan malam Juma’at dibandingkan malam-malam lainnya? Dalam hal ini, hadith yang sah dijadikan rujukan adalah riwayat Tirmidzi nombor 496, An-Nasai 3/95-96, Ibnu Majah nombor 1078, dan Ahmad 4/9. Hadith-hadith itu senada, yang terjemahnya sebagai berikut:

“Barangsiapa (yang menggauli isterinya) sehingga mewajibkan mandi pada hari Juma’at kemudian diapun mandi, lalu bangun pagi dan berangkat (ke masjid) pagi-pagi, dia berjalan dan tidak berkendaraan, kemudian duduk dekat imam dan mendengarkan khutbah dengan khusyu’ tanpa sendau gurau, nescaya ia mendapat pahala amal dari setiap langkahnya selama setahun, balasan puasa dan solat malam harinya.” (HR. Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Dari hadith tersebut tergambar betapa besarnya balasan pahala bagi orang yang melakukannya. Yakni “bercinta”, mandi, bangun pagi, berangkat awal ke masjid untuk menunaikan solat Juma’at, [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] imam dan mendengarkan khutbah dengan tekun. Pahala dalam hadith ini diberikan kepada orang yang melakukan paket enam amal itu, tidak terpisah-pisah. Namun demikian, tergambarlah keutamaan berjima [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] Jum’at.

Memang ada yang berpendapat bahwa sunnah dalam hadith tersebut adalah “bercinta” pada hari Juma’at (pagi), mengingat mandi Jum’at itu dimulai setelah terbit fajar di hari Juma’at. Namun yang lebih popular adalah “bercinta” di malam Juma’at, sedangkan mandinya boleh saja ketika terbit fajar sebelum menunaikan Solat Subuh berjama’ah.

Abu Umar Basyir di dalam bukunya Sutra Ungu menambahkan, “Di negara yang menerapkan cuti pada hari Juma’at, tentu tidak masalah jika seseorang ingin berhubungan seks pada hari itu. Lalu bagaimana di negara yang menetapkan hari Juma’at sama seperti hari-hari kerja lainnya? Bagaimanapun, hukum sunnah tetap saja sunnah. Jadi itu hanya soal kesempatan melakukannya saja. Jika mampu dilakukan, Insya Allah membawa berkah. Di situlah, pengurusan waktu berhubungan seks menjadi perlu diatur.

Kerana itu boleh saja dilakukan menjelang subuh, atau sesudah solat Subuh. Tiap pasangan suami isteri tentu lebih tahu mana saat yang paling tepat.” Wallaahu a’lam bish shawab. [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah]

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Surah Al-Ruum: 21)


Dipetik Dari – [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah]

-copy paste-


SeBaL

Apa ye?

Pagi ni masuk office kepala rasa sebal. Canne ek nak cakap? Rasa macam malam tadi nangis banjir bagai nak rak pastu bangun pagi camtu la rasa nya.

Apa yg jadi malam tadi biarlah rahsia.


Tuesday, December 24, 2013

BeNGaNG

Aduiii.. hari ni satu hari mood ke laut. Bengang giler betul.

Konon nak pindah office kan, suruh la aku pack docs. Past2 year docs. Ok la kan dah aku dekat sebulan keje looks like bizi je. Kalo bukan aku sapa lagi nak pack accounts doc kan? Xkan nak soh IT support yg xde kena mengena tu.

' Put 2012 at bottom..' X konpius aku? Selalu mesti la current year or latest year kat atas instead bawah kotak kan? Bahagian bawah dalam kotak kan? Dalam pala otak maybe senang nak bukak throw je nanti yg docs dah 10 thn tu. 

So 2x lah aku tanya soklan yg sama. '2012 at bottom?' Ye.

Itu kisah semalam.

Hari ni pagi buta dia masuk keje. Memula issue bank-in slip. Whooopss aku terfile terus instead pas ke sekian2. Selalu dtg balik ke aku utk filing. Bila aku dah kenal pasti aku dah terfile dulu, mula start memekak. Benti jap dia wat phone call. Then bole sambung nak hamun aku? Aku cukup siap keluar bilik cerita kat click dia plak. Kecoh 1 opis. Budak support nganga..apahal..?

Habis cite kat luar masuk pulak dlm bilik sambung tunjuk box yg aku packing smlm. 

'simple instruction pun cannot follow? Must be current year atas why put bottom?'

Lama sgt ko memekak aku pun

' I asked u twice yesterday, u said yes. 2012 put bottom thats why i did like that'

Hah! Nak kata apa? Tadi ko kata simple instruction pun aku x bole nak follow? La ni nak kata apa? Aku buat keje x guna otak pikir?

Habis 2x aku tanya soalan semalam apa?

Aku boleh terima la kan kau nak scold sebab aku salah.

Tapi ko xde ethic ek? Nak jerit2 satu opis? Pasal apa?

Pasal kotak. Logik?

Aku dulu pun boss jugak. Rasa x pernah lagi aku memalukan staff aku macam tu.

Thats why education is the most important thing. I repeat.. education is the mosssstt important things.





Friday, December 20, 2013

BaZaarZaNia

'Yorluf' akan bersiaran secara langsung di The Club @ Bukit Utama Damansara

esok Saturday 21st Dec 2013

from 8am - 4pm

Jom Jom jumpa di sana






CuTi

I am now filling leave application for next month due to very 1st day schooling of my daughter. 4yrs old okay. & i feel very2 funny looked at the application form.

Mummy need to take leave bcoz my 4 yrs old daughter is going to school.

Still look at the form and feel very cute.

:D


Tuesday, December 17, 2013

aiR? TaDa

Huhu.. tetiba aku teringat post sapa ntah. Bdk tu snap gambar notice in front of public toilet which stated

 'air tada. kincin bole vera tabole'

 something like that la.. long time ago forgot already.

 So what today's story? Alkisah, kawasan Selangor mengalami gangguan bekalan air akibat apa ntah. Lupa lah. Malas nak google. Aku dpt tahu citer ni dari last week. Tapi last Sunday baru sebok beli container nak isi air.

 Malam tadi start operasi menadah air. Habis la semua semua bekas semua benda yang boleh menampung air aku tadah simpan. Periuk nasi periuk segala periuk yang ada dalam kitchen cabinet tu semua aku isi air. Bekas2 tupperware x kira la apa size apa bentuk apa warna semua siap diisi. He he..

 Last2 sekali setiap cawan yg ada pun aku isi jugak. Hahahahahahahaaa.... Nak gelak golek2 x larat dah. Air dijangka mengalami gangguan bermula hari ini yakni 17 Dec 2013 sehingga Ahad 22 Dec 2013. Dan kawasan yang paling akhir akan mendapat bekalan semula adalah kawasan yang paling jauh dgn tempat tadahan/punca air yakni Shah Alam. Ya ampun punya statement.

 Dah la aku period kan. :(


Nak Ikut Boleh?

Mak Teh siap2 nak gi kedai. Damia dah siap2 sarung sandle. 

Mumi : Nak pegi salam mumi dulu..

 Terkocoh2 Damia datang nak salam mumi. Owh ye, kena ajar Damia mintak izin.

 Mumi: Kakak cakap, Mumi..

 Damia: Mumi..

 Mumi: Boleh x kakak ikut mak teh? 

 Mumi tgk Damia macam sedang proses ayat dalam kepala. Then suddently she replied

 Damia : Boleh!

 Mumi : No.. bukan mumi tanya kakak. Kakak ikut mumi cakap

 Mumi : Mumi

 Damia : Boleh x..

 Damia refuse to ikut sama apa yg mumi cakap.. ggrr...

 Mumi : Boleh x, kakak ikut mak teh?

 Damia : Boleh

 Adehh... last2 mumi released je kakak ikut mak teh sebab penat repeat 4-5x

 LoL


PeTua: Diabetes - BeNDi

Meh sini mok cik nak sharing penawar mudah untuk kencing manis. Sapo kenai dengan bendi aka lady finger ? Cenggini la rupanya. Apa kelebihan bendi? Apa rahsia bendi?



 Okay, cenggini cito eh. Bendi ni kan sejenis sayuran kan? Juga boleh digunakan sebagai ubat atau alternative untuk mengurangkan atau mengawal kencing manis aka diebetes. Sila amalkan cara2 seperti di bawah :-

 Ambil 2-3 biji bendi. Lebih elok bendi mentah/ fresh.

 Potong dari tengah dan letakkan di dalam gelas yang penuh dgn air.

 Biarkan semalaman.

 Next morning, buangkan bendi dr dlm gelas tadi dan airnya diminum sebelum breakfast.

 Minum setiap hari akan mengurangkan tahap gula di dalam darah anda.

So, gi mana pula bendi boleh membantu mengurangkan kadar gula dalam darah?

 Pesakit diabetes ni sebenarnya perlu untuk memakan makanan yang mempunyai G.I (indeks glisemik) yang rendah.

 Bendi hanya mempunyai 20 G.I yakni sangat2 la rendah. Selain dari itu, bendi juga diperkaya dengan Serat Larut.

 Serat Larut adalah sangat penting untuk penjagaan buah pinggang. Serat Larut berperanan dalam penghadaman karbohidrat. So, ia melambatkan proses pencernaan dan seterusnya menurunkan tahap gula dalam darah.


Sharing is caring.


ToL

Haiyohh.. marak gegak gembita fb orang type pasai tol. Tol akan dinaikkan pada thn hadapan yakni lagi berapa minggu je pon nak sampai tahun 2014. Apa nak jadi Malaysia ni?

 Back to election day. Dah kata semua benda akan naik tapi x nak caya. 

 Back to election day. Until today baru berapa bulan je. Baru 7 bulan belum pun setahun lagi tapi UMNO dah tunjuk taring. Macamana pulak ye perkhabaran utk next election?

 Bercakap pasal election. Politik. Nak kempen kempen ni sepatutnya guna duit parti sendiri. Guna duit sediri. Xde duit? Carik la kau sponsorship yang boleh nak laburkan kat kau utk berkempen sampai menang. Tapi orang UMNO ni dah terbalik code. Dia pi guna duit government. Tu pasal die-die depa perlu utk menang last election. Hutang kena bayar. Lagi satu kalo depa kalah PR menang alamat memang ke dalam lah mereka semua tu.

 Ye ke? X payah cakap banyak or cakap lebih lah. Tengok aje laporan audit negara. The most important is audit. Sila tengok n rujuk laporan audit negara.

 Lagi satu UMNO ni dah mendidik penduduk Malaysia ni terbalik. Buat jalan raya - rakyat perlu berterima kasih pada kerajaan. Buat jambatan - kerajaan yang berjasa. Harus bersyukur dengan apa yang kerajaan dah beri. VAVI betul.

 Itu sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan. Duit kerajaan tu bukan duit UMNO. Kalo PR memerintah itu lah duit yang digunakan juga. Xde de kalo PR menang, duit semua ikut UMNO de. Abah kau ke yang ajar?

 At first place, kena pi bina highway? Kan jalan raya biasa dah ada. Yang membazir bina highway tu dah kenapa? Oooo sebab jalan sesak. Kereta dah banyak sgt kat especially KL ni. Tu sebab dibina another alternatif utk elakkan jammed. Nampak x kenapa highway dibina? Tujuan utama utk kurangkan kesesakan jalan raya. Pas tu ko bina tol? Ok la ok la, jalan cantik luas banyak lane nak cepat sikit so bayar la tollll. Tapi? Still jammed?  Bangang abadi x?

 Sama macam petrol. Petrol tu hak milik bumi Malaysia. Ayah kau ke yang ajar petrol tu Petronas punya? 

 Type banyak2 memang my blood go up stairs. Bukan orang ekonomi memang xkan paham. This is the basic knowledge.


Thursday, December 5, 2013

BaNJiR

 Sekrang ni musim tengkujuh dengan menyaksikan Pahang, Terengganu & maybe oso Kelantan terlibat. Makcik & sepupu  Anis bdk opismate yang menetap di Tganu n Pahang antara mangsa kejadian. 

 Last year isu banjir, mangsa banjir diberikan bantuan sebnyak RM1000/keluarga. Makanya beramai2 ramai la 'mangsa' menghuni tmpt penempatan sementara. Sehinggakan tertubuhnya skuad polis utk menyiasat mangsa kejadian. Ini adalah kerana betapa ramainya mangsa kejadian yang tidak setimpal dgn bencana. Ho ho.. Begitu jenis manusia pun ada. 

 Di fb kecoh jugak isu perhimpunan UMNO n banjir. Kat berita keluar cerita banjir hanya 5 min sedangkan perhimpunan UMNO tu berminit2. Ada juga lawak yg terdgr dr si Bung Mukhtar. Ermm.. another belo pemimpin. 

 Tarif elektrik naik? Bermula 2014 yg currently electric bil RM77 will be affected with the new tarif. Mine? Ours? If not mistaken below than RM60. Ye loh, small house then, lebih jimat la. Not only cause of small house, we oso dun have water hitter for bath n drink even air-cond also we dont have.

 I still remember when i put a list things that must have in my house - water hitter for shower. Huhuu.. But then, after about a year i survived without water hitter plus i read and article its better to shower with cold water instead of hot water, then i made a decision. No need water hitter for shower. Also for our new born baby in future, also must bath with cold water. 

 Owh..?? What actually i want to say here?

 Belum cukup setahun pun menang the latest election, depa dah tunjuk taring. We'll see coming election okay..



TRaFFiC

Traffic blog aku makin hari makin jatuh. Semenjak aku tukar my address. Why dude why..??

 Well, this blog actually is for myself. Not for any others creature out theres yg simply2 nak mengutuk, nak menyebuk. Furthermore, ada org2 yang aku x mahu dia tahu perjalanan hidup aku. Apa aku buat, apa aku x buat.

 Balik kepada asal, dari dulu memang aku x suka org perhatikan aku. Tapi ye lah nak buat cemana kan kalo dah aku mmg org glamer. Hurrmm... Terpaksa aje lah aku telan mata2 orang yang memandang. Lama kelamaan aku jadik lali. Membawak kepada sekarang. 

 Boleh juga dikatakan, lets start from beginning. Memula nak kata scratch but, nampak no salah ayat nye sebab still guna original blog. So, lets start fr beginning. No body knows.

 :)

 Adakah ianya juga petanda bermulanya kehidupan baru? Tinggalkan sifat sikap yang lama?

 Insha Allah.. semoga Allah sentiasa merahmati hamba-Nya ini.

 Amin.



Wednesday, November 27, 2013

EGM

Today aku attend IAB EGM 2013. Attend aje la bukannya as shareholder so xle nak vote pape pong.

 Speaking about EGM. Apakah kejadahnya itu EGM? Hehe.. Dolu2 masa belajar memang ni aje lah yang jumpa kat memana buku. Yup as accounting student meme berkait rapat jugak la EGM AGM. After graduate, kerja lari bidang almost 10 years hurmm.. memang berkarat la kepala otak ni. So, lets me refresh dulu. Haha..


Tuesday, November 26, 2013

TaBiaT

Tabiat Damia Az Zahra ni lain macam sikit. Budak lain dok gentel bantal busyuk nak tido Damia nak gentek nenen baru bole nak tido. Kalo mumi ada wajib. Kalo mumi xde elok je Damia tido dgn mudahnya.

 Nak salahkan sapa lagi kalo bukan mumi sendiri. Damia fully breastfeed dari lahir sampai 2 tahun 2 bulan x silap. Susu botol rejected. Breastfeed only.

 Pastu dah putus nenen, mumi pulak gatai2 hala ke Damia. Mumies yg breastfeed je yg akan paham betapa bahagianya menenenkan baby sendiri. :) Membawa dari situ la yang membawa ke tabiat yang buang tebiat gentel nenen before tido tu.

 & Damia aku rasa cukup pandai n bijak. Ye lah kan, sapa yg x pujianak sendiri. Huhhuu...

 Kalo orang lain dok susah2 hati pelbagai usaha dilakukan untuk putuskan nenen. Damia? Naturally putus.. Mumi x perlu asingkan tido, mumi x perlu cumur nenen dgn kapur atau cili atau apa lagi yg orang2 lain pernah buat? Mumi x perlu buat pun.

 Sama macam gentel nenen. Suddently je malam tadi Damia tido x mintak pun, x merengek as hint dia macam selalu pun, sendiri tido. Tapi apa yg mumi perasan, instead of gentel nenen, Damia bermain2 sendiri dgn jari sendiri masa otw melelapkan mata.

 Good girl Damia. Kakak is very good girl.. Mumi proud of you. :D



Tuesday, November 19, 2013

TaDiKa

 Sebenarnya mummy walau pun dah bayar yuran pendaftaran Damia utk tahun depan tapi mummy masih berkira2. Bukan masalah terlalu awal ke menghantar anak ke sekolah. Sebab personally untuk belajar tiada usia yang muda @ terlalu awal. Sememangnya lebih awal lebih bagus. Tapi mummy hanya mampu hantar Damia di usia 4 tahun itupun ke Pasti je. Bukan lah Q-Dess or Smart Readers or Readers Digest. Erk?

 Apa yang mummy risaukan sebenarnya adalah, okay, utk ke sekolah di pagi hari, ikut perancangan nya adalah, Mummy n abi akan hantar Damia ke sekolah di pagi hari. Kemudian kami akan terus pecut ke tempat kerja. Itu ketika pergi ke sekolah.

 Bagaimana untuk pulang dari sekolah? Untuk tinggal taska terus di tadika bukan x boleh, boleh tapi ada beberapa cons nya. Iaitu, taska hanya sampai jam 5.30pm sedangkan mummy habis opis hour pun kol 6pm. Nak travel balik lagi dalam 1/2 hour. Itu kalo balik punctual. Wahh balik aje punctual kan.. datang keje? 

 Tidakk.. mummy sudah berubah bukan macam dulu lagi. Hanya balik keje punctual tapi datang kerje haremmm.. Ye ke mummy dah berubah? Huhuhu luckly mummy got abi. Opis hour abi is fr 8am-5.30pm. Itu lah rahsia nya kenapa n mengapa mummy terlebih awal masuk keje.

 Owh ye.. yang menjadi ketakutan mummy adalah ketika Damia pulang dari tadika. Mesti nak kena naik van. Van tu akan masuk sampai depan flat ke? Ye lah, flat kami ni ada guard. So nak kena melepasi guard la dulu. Patut memang senang takot driver kata leceh. Nak2 bila mummy tanya kat ustazah ada x student dr Sri Kayan? Ustazah jawap macam xde. Kalo Damia usia 5-6 tahun maybe mummy boleh nak consider tolerate x risau sangat kalo van drop kat luar pak guard. Tapi sebab Damia masih 4 tahun. Baru 4 tahun. Ermm....

 Of coz la mummy will talk to the driver van. Ikutkan hari tu masa pendaftaran lagi mummy nak tanya tapi xde van that time. Dalam bulan 12 kata ustazah tu boleh berurusan terus dgn driver. Mummy believe should be no prob la with the driver but biasa la.. mommies kan.. mesti la worried.



Damia @ 3 yrs old

Apa ye perkembangan Damia di usia 3 tahun? Ketika entry ni di type, Damia berusia 3 tahun 4 bulan & 21 hari. Mummy typing this entry not for anyone else, just utk mummy keep track. Hehe.. 

Di usia Damia 3 tahun,

1- Damia dah x pakai pampers..
2- Up till today, seminggu 3-4x Damia kencing malam!!!!!!!! Including last nite. Huh!
3- Damia akan jaga after kencing n merengek2 nak mandi. 
4- Damia dah pandai kaler.. mewarna la. Skill Damia kaler x comot. Cantik ikut lukisan. Maksudnya? Kaler nye x terkeluar dari lukisan.
5- Pandai mengira 1-10 tapi main2 n sometimes ada je huruf yg tertinggal.
6- A B C sampai Z dah lepas. Sebenarnya before 3 thn tpi mummy pun lupa bila
7- Alif Ba Ta pun dah lepas sampai habis
8- Suka menyanyi n menari. 
9- Nak membuang kecil n besar di toilet. Bole cebuk sendiri utk yg kecil2 itu.

10- Bila diajar a, b, c, contohnya, Damia hanya boleh bertahan 2 saat. Yakni? Time mengaajr tu, hanya sempat tunjuk huruf A pastu Damia dah bosan giler. Mata dah terarah ke lain, telinga dah dgr benda lain. Adoii.. anak aku ni paham ke x apa yg aku ajar ni? Selalu mumi fikir gitu.

Alih2, di other time tgh mumi focus2 tgk tivi suddently Damia buka buku dan show mummy, ni R. Eh anak aku? ni 0 (zero) .. huhuhuhuu.. of coz la mummy proud of youuuu....




Monday, November 18, 2013

ReSDuNG

Mempunyai masalah redung ?
Mencari petua menghilang resdung ?
Bagaimana mengubati resdung ?
Resdung ?

Wah wah.. agak menakutkan je tenguk ulat resdung ni.. Uiihhh...

So , sesapa yg ada resdung tu bole la cuba try test buat.. manala tau .. kita hanya mencuba Allah jua penentu.. insha Allah..




limau nipis 8 biji - diperah
daun pandan 10 helai
hiris2 racik halus2 macam daun rampai
gaulkan daun pandan dgn limau nipis tadi smp sebati
new chemical akan terbentuk
sapu di muka

kalo sesuai, ulat2 resdung akan start keluar dari kulit muka kita less than 5 minit.
paling banyak akan keluar melalui kening
* mungkin juga ikut tempat yang mana lebih kritikal akan keluar lebih banyak

katanya, Alhamdullillah, telah dicuba pada ramai student
& elok selepas itu

guna la kain berwarna hitam untuk mengalas ulat2 tersebut..

Owhh.. masih ngeri melihat ulat2 tersebut..

*-*


Thursday, November 14, 2013

SeLiPaR

Malam tadi Mak De sampai dari UUM. Beliau hehe.. akan start keje di TimeDotCom starting today. Yaya naik bas sekali dengan motor2. Boleh? X penah aku dengau. Rupanya itu dulu memang x penah dengau. Sekarang dah boleh. Dr UUM maybe Sintok tu tiket bas RM42/pax n motosikal RM120.. mahal ke? Ntah.. Katanya motor.

Tapi bas x boleh turun kat Pudu. Drebar bas tu dropkan before tol Jalan Duta which is i oso dunno.. huhu.. & dengan gamblenya Yaya ride alone cari jalan folo aje la sign board ke Shah Alam. Sampai2 amik kau... seperti yg diagak. 

Kalo dia riding memalam buta yg dah gelap tu, kereta yg berselisih mesti seram bila tgk dr belakang. X nampak kepala rider.. Uihh seram betul. Mana x nya, digalas beg camping yg org guna naik gunung tu, beg lagi tinggi dari tuan.

Dalam 9.40pm Yaya selamat sampai rumah & kami keluar balik around 10.30pm nak gi tunjuk jalan opis Yaya. Dokek yo.. Dari Batu 3 ke area belakang Politeknih Shah Alam. 

Keluar2 rumah, baru pasan selipar dah kena rembat. Bodo betul.. selipar buruk pun nak dirembat nya. Apa la bodo punya manusia.


Tuesday, November 12, 2013

ViSiT

Bismillahhirrahmannirrahim..

Last weekend tetiba kami sefamily sampai ke Hospital Ampang. Perkhh punya la jauh kan. Xpe la, jenjalan. Memang dah lama rasanya x pegi jenjalan. Setakat gi Giant ke Tesco ke tu x consider jenjalan la sebab ada tujuan. Jenjalan adalah a.k.a membuang masa gitu..

Owhh ye, bukanlah tujuan sesaja pun ke hospital ampang tu. Tiada la keje kan. Kami ke sana sebab teman kak Fauzani dia x tahu mana hosp Ampang. Kesian beliau..

Ok, kami ke sana melawat sepupu dia, Fiza, berusia seawal 28thn tetapi telah disahkan menghidap kanser darah. :( .. Pada awalnya, Fiza menjalani rawatan a.k.a chemo di Ampang Puteri sebab co. insurans. But then, biasalah, insurans companya mesti ada limit & dunno, 3rd chemo ni kena pay & claim. Erm..?? Cost per chemo is RM20,000.00. Banyak tu. And according to Dr she need chemo for everu 15 days = 2x a month selama 6 bulan. Cuba kira sikit..

RM20,000x2x6 = RM 240,000.00 Gulp!!

Habis soklan co. insurans, timbul pulak personal insurans. Ooo.. ok, Fiza meme ada amik personal insurans. Tetapi malangnya hanya RM35 monthly which is lapse before raya. Lapse is not cause by her. But by standing instruction. Dah byk dgr kes sebenarnya yg stading manding instruction ni. Kita meme dah suruh bank buat standing instruction sign la semua form bagai tapi tup tup alih2 selepas beberapa ketika bank tu dah xde SI. Dia macam magic. Akibatnya gini la.. insurans x byr. Dah nama dah buat standing instruction, kita pun meme terlepas pandang la. Rupanya dah 3x xde pemotongan tau2 insurans pun lapse.

Dan benda ni memang penaya orang. Sebab apa? Bayangkan, insurance lapse since Aug 2013 which is before raya, and she didnt realize about it. Later just after raya, Dr sahkan dia hidap barah darah. Imagine..

So, from Ampang Puteri transfer to Hosp Ampang. 

After tu kami pun berombongan mak cik kiah ke rumah amen n anai n umairah. Dekat dah kan. Last week berkampung kek ghumoh Pok Ngah, this week mengebok ke rumah Pok Long pulok. Kemain la rancak nya beborak kol 9pm baru beransur balik...

Okay.. nanti kita datang lagi.. babai



Thursday, November 7, 2013

SuPPoSeD

Supposed we got meeting today with CEO. But until now 5.09pm still senyap sunyi jekk.. Boss IT dari semalam dah x senang duduknya. Nasebek aku bukan direct under CEO. Hehe.. kalo nak kena tibai bukan lah aku orangnya. Hehehe...

Tetiba boss aku masuk bilik tanya
" Shida, u got angpow packet? Hari raya packet xkan u xde?"
Haiiyohh.. kalo hali laya mesti ada lor..

" Why..? She want give us angpow meh..?"

Tapi boss aku just jawab .. " maybe loo.." sambil sengih2 happy.

Aiyohh...!!! Kalo nak bagi tu sila la cepat sikit

:P


KeNCiNG

Damia berlumba -lumba secara marathon kencing setiap malam
Adehh ... canno nak dibuekkan ha

Just pagi tadi ntah berapa kali gamak eh Damia kencing habeh kuyup
Elok la tolong kejutkan solat subuh

Siap mintak nak mandi lagi kol 6am
mana x nya.. kuyup

mummy n abi dah xde feel

haha 



Monday, November 4, 2013

TaDiKa

Berapa ye umur patut hantar anak ke taska?

Dalam 2-3 minggu jgk la mummy riki2 taska before n after works done. Riki google2 je ye. Hasrat n hajat di hati nak cari tadika ajar cakap cina. Tapi apakan daya.. di Shah Alam gini kawasan Melayu. Silap haribulan sekolah nanti Damia kena travel ke Subang or PJ baru ada sekolah cina. Ermm...

Banyak taska nowadays. Untuk ibu bapa zaman moden gini ramai yang prefer Genius Aulad ke, Smart Reader ke, Q-Dees ke. Nak anak cepat pandai katanya. Bayaran pun agak mahal sikit kalo dengar2 org2 cerita. Achik? Maaf.. x penah riki lagi berapa harga mereka n apa yg mereka offer.

Just masa time google2 riki tu last2 mummy ada terperasan, Smart Reader pun ada Smart Mandarin. Bila post pertanyaan persoalan kat fb, ada pulak sorg parents ni pm. Before dia hntr anak ke Smart Reader. Tapi hasil dr maklumat cikgu di Smart Reader sendiri, kaedah mereka adalah menyuruh budak2 ni menghafal, maka di pindahkan anak2 nya ke Q-Dees yang mananya beliau amat berpuas hati. Sekian terima kasih. Thanks for sharing.

4 tahun nak hantar ke Q-Dees ke Genius Aulad ke apa ke? Mummy rasa mummy x begitu rasa. 4 tahun ni mummy x kisah nak hantar Damia ke mana. Ye ke mummy? Hehee..

Mummy nak hantar Damia belajar ngaji. Dedulo mummy bercita2 sekiranya dpt boy, konpem mummy nak boboi jadik ahli tahfiz. Tapi rezeki mummy dapat Damia Az Zahra. Tapi mummy lupa.. pompuan pon bole jugak kan jadi hafizah..

Tetiba mummy jumpa, Pasti ada pra-tahfiz. Uikkss? Terus tercegil bijik mato mummy. Dgn segera whatsapp pupu.

"pupu.. Pasti ok x?" Simple padat isi kandungan msg nye. Nasebek sepupu memang terer dia paham. Diareplynya

" ok sangat!"

Jadi mummy pun segera apply cuti utk registerkan Damia ke Pasti. Google2 budget registration dlm RM500. ok la tu. Mummy x perlu nak pikir panjang, Segala persoalan boleh aje diajukan terus kepada sepupu. Kerna beliau amat suka mencari informasi. Hehehe..

Bila kat rumah mummy ckp dgn Damia

" nanti mummy hantar kakak g sekolah ye" 

"x nak!" dengan pantas Damia menjawab.

Konpius mummy dgr jawapan Damia. Aii..xnak gi sekolah ke @ Damia x tahu sekolah itu apa?

Beratus kali mummy tanya pun jawapan yg sama jugak Damia bagi.

So, on the next day selepas bekpes kami anak beranak menuju ke Pasti yg nearby dari rumah. Nearby la sgt kan..? Kena jugak transport utk Damia pulang dr Pasti. Pagi mummy n abi boleh hantar Damia ke sekolah, but then tghri Damia perlu ada transport utk pulang ke rumah. Biar la betoi kan anak aku baru 4 thn nak ke pandai2 balik ke rumah. Ermm..?

Sempat lg mummy tanya Damia, nak gi sekolah x sebelum masuk parking.
"X nak!" Okay fine.

Sebaik mummy masuk parking je, tu dia... panjang leher Damia menjenguk ke dalam Pasti. Mata dah terbuntang penuh excited. Mummy sengih aje la.. Xnak lah sgt kan..?

" ada orang la mummy.. ada orang" Damia bersuara penuh excited.
" nanti kakak sekolah sini ye? Kakak nak sekolah x?"
" nak!" Sambil Damia mengangguk-angguk kepala.

Sekali tu dia.. registration pun dah RM702. Monthly RM150. Mummy macam blur2 pun terus jgk bayar. Awat mcm mahai? Aku dok dengar Pasti macam murah je kan bayarannya. Ermm..

Pastu bebudak kat depan tu punya la memekak mekak menjerit bising ya amat. Mummy pun mcm konpius2 la jugak. " Ni bebudak umur 4 thn ke?" Jam baru je tunjuk pukoi 11am. X belajar ke bebudak ni?

" ni? yang ni 6 thn" Erk??  
" dorang baru habis exam ni.." OOoo..ok. So baru lepas exam dorg bukan main bising memekak then is acceptable la kan. Huhuu..

Da siap bayar baru mummy terpikir nak tgk kelas boleh? Naik atas tu dia.. xde la bersepah sgt tp bukan dlm keadaan kemas la. Mungkin x melampau kalo dikatakan jika gi Smart Reader or Q-Dees xkan nampak keadaan yg sama n maybe much better.. i think so la.

Lepas melangkah keluar dlm keadaan blur2 sebab tgk x spt yg dijangka n duit pun dah bayar. Huhu.. Ternampak la pulak ada sorg parents tgh nak jemput anak dia 2 org. Mummy laju je la tanya

"Anak umur berapa?"
" yg girl ni 4 thn..thn depan 5"
" Dah lama hantar anak? Maksud sy hantar dr awal tahun?" 
" Aah dr awal thn tu hantar dah.."
" ok x?"
" Ok! Bagus la. ni baru 4 thn ni tapi surah lazim semua hafal dah. Doa2 harian semua tahu. Amik air semayang, solat pandai dah" Fuhh!! lega mummy dengar.

Jadi pulang la mummy dengan hati yg tenang.

:D

Actually post ni dah lama ditype tp hanya half way. Xde masa n xde mood nak type. & today mummy continue sebab mummy pun baru lepas called Pasti. Ada persoalan yg mummy nak find out. Yakni kenapa bayarannya tidak sama antara Pasti satu sama lain. Kalo Pasti Pinggiran USJ tu mau RM150/month + registration RM702/girl, lain pulak hanya di tempat lain. Ustaz tadi bagi contoh Pasti Padang Jawa. Bulanan lebih murah dari RM80. Hoh?

Ini adalah kerana facilities yang disediakan. Juga cikgu2 & guru2nya. Di Padang Jawa hanya ambil guru dari kawasan sekitar. Tetapi di Pinggiran USJ tu guru2nya terdiri dari pemegang Ijazah & Diploma. Tetapi silibus pembelajaran masih lagi sama. Begitu..?









PaP SMeaR

Apa itu pap smear?

Gulp..!! baru dgr nama je pon dah meremang bulu roma beta

Sekian


Tuesday, October 29, 2013

BiG Hole PoReS...??


Ni salah satu sebab kenapa n mengapa aku perlu untuk pakai SkinCerity ni. Huhuu... tapi Alhamdullillah la, memang pipi aku x cenggini. Just pores dekat bahagian hidung tu yang aii sangat x suke.

So, sebelum menjadi seperti kulit ayam, ayuhh cepat2..



Monday, October 28, 2013

PaNDoRa

Huhu.. ntah sejak bebila aku jadik gilak Pandora. 

Berminat? Interested? Bole la order ye..

call / sms / whatsapp 013-312 3446


Kristal Hiju + Putih
RM 90



Kristal Biru + Putih - sold
RM 90




Kristal Purple + Putih
RM100




Kristal Merah + Putih
RM 70


Kristal Gold + White
RM70



Leather Pink
RM 40


Leather Purple
RM 40


Kristal Turquiose + Pink -sold
RM 50




Murano Bead Hijau + Red
RM 33



Pandora Set
RM 63

:D

ai luv leather pink / purple tue




Friday, October 25, 2013

SKiNCeRiTY




SOAL JAWAB
APA ITU SKINCERITY DAN APAKAH PERBEZAAN YANG ADA PADANYA?
Skincerity Nightly Breathable Masque ialah satu revolusi baru untuk masker yang boleh bernafas , 
digunakan sekaligus untuk menggantikan set skincare anda seperti 
toner, pelembab, krim malam, serum,foundation cover face (setelah kulit mejadi sangat radian dan cantik) Atau meningkatkan mutu set skincare yang sedia ada bila diguna bersama skincerity.
- hanya dengan sekali Skincerity sehari.

Ratakan pada permukaan muka dengan hanya 'roll on' botol Skincerity sebelum masuk tidur. 
Lapisan masker yang terbentuk dengan sangat-sangat nipis tidak akan menyerap seperti krim atau 'foams'. 
Tetapi lebih bertindak sebagai pembalut luka yang menyamai kulit memelihara, menyimpan lembapan,dan mengawal lembapan.


Skincerity mempunyai dua agen anti-oksidan yang sangat kuat dalam merawat kulit; 

iaitu Vitamin E organik dan Grape seed Oil. 

Malah, teknologinya telah
menjadikan lembapan semulajadi dari tubuh/kulit kita sendiri sebagai agen penting untuk menyeimbangkan/mengawal lembapan kulit.

PERLUKAH SAYA MENUKAR LANGKAH PENJAGAAN KULIT HARIAN SAYA?
Tak perlu sama sekali. 
Anda cuma roll kan sahaja skincerity sebelum tidur, 
dan biarkan saja ia kering dalam masa beberapa saat dan just go to bed ;) 
Anda masih boleh guna produk kesayangan anda malah boleh mengurangkan kuantiti penggunaannya.

SAYA SUDAH CUBA MACAM-MACAM PRODUK. BAGAIMANA SAYA BOLEH TAHU SKINCERITY SESUAI UNTUK SAYA?
sudah beribu-ribu orang menggunakan Skincerity sejak ia dikeluarkan 
sehingga mendapat pengiktirafan sebagai Best Selling cosmetic Product 2013.

Skincerity telah melalui ujian dermatologi dan sangat disarankan penggunaannya.

Ia juga telah menjalani klinikal ke atas pesakit yang sebenar dan menunjukkan bukti yang disahkan.

Keputusan dari percubaan klinikal yang dilakukan di University of Texas Health Science Center menunjukkan 
67% mereka yang menggunakan Skincerity mengalami pengurangan kedutan pada kulit sebanyak 39%, 
dengan sesetengah dari mereka telah pulih 200%. 
Kebanyakannya melaporkan hasil yang dramatik dalam masa beberapa hari!

BILAKAH SAYA BOLEH NAMPAK PERUBAHAN PADA KULIT SETELAH MENGGUNAKAN SKINCERITY?
kebanyakan pengguna melaporkan tona kulit yang bertambah baik dalam 1 atau 2 hari sahaja!!

Walaubagaimanapun, tempoh untuk pemulihan kulit adalah pelbagai 

bergantung kepada keadaan kulit sejauh mana masalah yang dihadapi.

Kebanyakan pengguna akan mula melihat dengan jelas dan merasai perubahan dalam masa seminggu penggunaan.
Dengan penggunaan yang berterusan, kebanyakan pengguna melaporkan dapat menyelesaikan masalah-

kulit kusam
tona tidak sekata
tekstur kulit yang agak kasar
kekeringan kulit
bintik-bintik penuaan
masalah saiz pori-pori
garis penuaan dan
kedutan


APAKAH PERBEZAAN ANTARA SKINCERITY DAN RAWATAN LAIN UNTUK KULIT?
-Sememangnya penggunaan Skincerity sangat berpatutan harganya berbanding rawatan lain untuk kulit.
Ini kerana,dengan penggunaan skincerity ia menyamai satu set lengkap skincare kelas A++, beribu ringgit rawatan salon kecantikan dan 'Chemical Peel'.

-Sangat jimat masa memandangkan penggunaan hanya makan masa beberapa saat penyediaan.


Ia melakukan tugas 4product dalam satu.. 

- cucian wajah menyeluruh, 

melembab,
kelupasan 
dan melepaskan anti-oksidan ke dalam kulit.

-Ia sangat sesuai pada mereka yang mempunyai jadual hidup yang sibuk dan padat.

BAGAIMANA UNTUK SAYA MENCUCI SKINCERITY DARI WAJAH?
Diwaktu pagi anda akan mendapati skincerity telahpun mengelupas dan melapisi lapisan atas kulit.
Bila kulit sudah berhidrasi, 
skincerity akan mengelupas dipermukaan kulit dan kelihatan seperti 'peel off mask' yang kering.

Apa yang anda perlu buat 

hanya mengurut secara perlahan permukaan kulit dengan air suam atau lotion.

Anda juga boleh menggunakan tuala kecil untuk mencuci sisa-sisa yang tinggal pada kulit.
Sebenarnya, 
semasa mencuci sisa skincerity itu lah, 
kita membantu kulit untuk menunjukkan lapisan yang baru sel kulit yang lebih muda dan sihat.

BAGAIMANA JIKA SKINCERITY MELEKAT PADA KULIT SAYA DIWAKTU PAGI?
Skincerity sesuatu yang memang 'bijak'. 
Ia akan melekat pada kulit yang kering atau rosak dengan teruknya, 
sehingga kulit telah mendapat kelembapan yang cukup dan tersimpan dalam keadaan sihat.

Lekatan skincerity pada kulit adalah salah satu proses hidrasi kulit. 

Sehingga lembapan semulajadi terkumpul, anda boleh 'apply' sedikit pelembab waktu malam biarkan kering,

kemudian gunakan skincerity. 
Ini akan membantu anda untuk menarik keluar skincerity diwaktu pagi. 
Gunakan berterusan,dalam beberapa waktu, masalah kering yang dahsyat akan hilang .


BAGAIMANA SKINCERITY DIKATAKAN BERTINDAK SEAKAN-AKAN KULIT KITA?
Skincerity mengandungi formula dipatenkan yang apabila digunakan, 
ia menyerupai lapisan kulit yang akan mengekalkan kelembapan kulit dari dalam,
mengeluarkan semua anasir tidak baik pada kulit dan biarkan kulit bernafas.
SKincerity mewujudkan persekitaran supaya kulit dapat bernafas walau dlm keadaan tertutup, dan ia mampu mengekalkan kelembapan


Berminat : sila call /sms / whatsapp 013-312 3446

bertindak lah sekarang untuk kulit anda sebelum terlambat !!