Monday, December 29, 2014

Kg BaLoK, KuaNTaN, PaHaNG

Last Wednesday kitorg berjourney ke Kuantan umah mak ngah sempena kenduri kesyukuran doa selamat dorg nak berangkat ke New Castle coming 1st Jan 2015 & oso kenduri tunang adik mak ngah.

Kami bergerak dari Hulu Langat umah pak long kol 11pm. Asal lambat sgt?
Memula bila mommy kata sampai kol 9pm kot, pak long tanya asal lambat?
Ye la, dinner la dulu pak long.
Sekali elok aku sampai, terus gerak. Ingat terus gerak ke Kuantan sekali singgah plak dulu kedai mamak makan..? Huk alohh..
Sudahnya kol 11 gitu kitrog dah nak sampai tol Gombak.

Masa dah smp Kuantan elok plak masuk salah simpang kol 2 pagi tu.
Pak ngah pun pening, kitorg pun pasang la waze.
Land mark KFC Pantai Balok.

Sampai area situ pening kedua pulak.
Pak ngah ni Pantai Balok Pantai Balok, apo ingat kocik ko kawasan Pantai Balok tu?
Dah terlajak patah balik.
Penat waze tunjuk KFC tapi kitorg x nampak.
Rupanya laa....
betul2 depan mata.
wakakaka..
adoiii memang terbahak besar la kitorg pagi2 buta tu..
hahahaha
So, kol around 3.30am baru kitorg masuk rumah terus membutakan diri.

This is on 25th 2014. 
Event day


Anai : ibu, nanti saya kawen pun ada macam ni kan?

wakaka..

anai.. u only 6 yrs old boy okay..
long way to go my dear haha



tekun memasing tengok mak ngah jadi jurusolek x bertauliah.
ye ye je budak baju merah berdua tu.. 
korang tu boy la..


tersipu2 bila dah kantoi dgn ma dud


Balik singgah Pantai Balok.
Cuaca tidak mengizinkan ye anak2 utk bermandi-manda bersukaria.
So tgk aje la air laut tu..



Tengok la cara Anai ni berposing.
Ala2 gentlemen nor..
Ha ni org gini selalunya suka monopoli. 
Dlm hubungan dia leader.






Asal ko cembeng Oomerah?

Masa dtg tu malam so kami x perasan pape la melainkan paklong kata mmg dia ada noticed keta berderet tepi2 jalan.
Pak long : laa... aku ingatkan kot2 ada downtown.
Boleh?

Bila balik on the next day, lewat petang kami gerak so masih terang lagi, baru kami noticed.
Sepanjang jalan tu banjir.
Boleh nmpk dr tepi jalan tu rumah dari air takat buku lali sampai takat dada.

Sedey
:(




Kajian Islam bersama Ust Zulkifli M.Ali LC. Ma


Rasullullah s.a.w berkata,

"Umatku dimulai menghitung hidupnya mulai dari nabi di utus dan berakhir sehingga seluruh umat Islam meniggal dunia". 

Rasullullah s.a.w berkata, selepas seluruh umat Islam meninggal secara serentak & kematian secara lembut, selepas itu terdapat lagi 1-2 generasi kehidupan barulah bermulanya kiamat di mana tiupan sangkala pertama terjadi.

Berapakah usia umat Islam?

Rasullullah s.a.w juga berkata, " umatku akan mengalami 5 peringkat/period kehidupan".

1. Zaman Kenabian.

Bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w diutus.
Zaman  ini telah pun berakhir.

2. Zaman Khalifah dengan konsep kenabian.

Terdapat 4 zaman kahlifah yakni ketika zaman khalifah Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali bin Abi Talib.
Keempat-empat zaman ini telah pun berakhir.


3. Zaman Khilafah dengan sistem kerajaan.

Masih berpusat di timur tengah. Seluruh kerajaan Islam berpusat di sana yg berpegang kpd Al-Quran & Sunnah sebagai asas pemerintahan.
Para sejarahwan juga telah bersepakat bahawa zaman ini telah pun berakhir ketika runtuhnnya Khilafah     Uthmaniah di Turki pada 13 Mac 1924.

4. Zaman Diktator.

Islam tidak berkuasa dimana-mana  muka bumi pun.
Umat Islam sgt ramai laksana buih2 di lautan.
Masjid2 sangat gah, besar dan cantik tapi sepi dari hidayah.
Islam menjadi rebutan bangsa-bangsa dunia untuk dilanyak-lanyak, dierang, dibantai, dibunuh dll. Iraq, Yaman, Mesir telah diserang kemudian tiba pula nasib Arab Saudi.    
Dajjal akan keluar.
Tanda kiamat ke-3 terbesar keluar pada zaman ini - yakjuj makjuj

Pada zaman ini lah syaitan dan jin akan mengumpul seramai yg mungkin ahli neraka. Kenapa sekarang & bukan dari zaman dahulu ? Kerana pada zaman yg pertama, umat Islam ada Nabi & Rasullullah s.a.w. Sementara di zaman ke-2 & ke-3 pula kita masih berpegang kepada Al-Quran & Sunnah. Tetapi tidak pada zaman sekarang.
Inilah zaman sekarang yg kita sedang lalui.

5. Khilafah terakhir di muka bumi.

Zaman ini lah yg dijanjikan oleh Allah melalui surah An-Nur ayat 55.

A055
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Selepas berkhir 5 zaman ini dimana keseluruh umat Islam mati secara serentak dgn cara kematian yg paling lembut. Masih terdapat lagi baki manusia yg bilangan nya sangat sedikit, hanya bersisa orang2 kafir selama 1-2 generasi. Ketika itu lah tiupan sangkakala akan kedengaran. 

Persoalannya berapakah usia umat Islam?

Hadis yg dipegang kuat oleh Syeikh Ibnu Rajab Alhambali, iaitu, secara totalnya usia umat Islam adalah lebih dari 1400 tahun hijrah tetapi  tidak melebihi 1500 tahun hijrah.

2015 = 1435 hijrah.


01 Muharram 1476
Ijtima' Matahari dan Bulan jatuh pada rasi bintang: ASAD 21 drajat, 10 menit, 55 detik
Ijtima' Matahari dan Bulan jatuh pada hari: KAMIS jam 8:20:16 -SIANG HARI-
Bilangan jam dari ijtima' sampai terbenam matahari: 9 jam, 39 menit, 44 detik
Tinggi hilal setelah terbenam matahari: 4 drajat, 49 menit, 52 detik
Maka: 01 Muharram 1476 Jatuh pada hari: JUM'AT
01 Muharram 1476: 15 Agustus 2053
Ayyamul Bidh: 27-28-29 Agustus 2053
Asyuro: 24 Agustus 2053


    





    
    

Wednesday, December 24, 2014

Mustapha Maarof


Innalillah..

Arwah maintain encem dari muda smp tua.

Tapi aku nak cite pasal asal usul jalan maarof kat bangsar tu. Bangsar kan bole la dikategorikan kawasan elit sekali nama pulak Maarof. Sapa tu Maarof?

Masa Uitm dulu baru tau Maarof tu sempena nama ayah kepada pelakon Mustapha Maarof  ni la. 
Amboii sampai gitu sekali hebatnya?

Tapi x berkesempatan n x kuasa nak cari tau siapa itu Maarof. Just lepas arwah Mustapha Maarof ni pergi baru tau cite. Padahal google je la boleh je tau. Alasannya xde masa. Miahahaha

Mustapha Maarof Zakaria.

Maarof Zakaria ni lawyer rupanya, dan juga pengasas bank kebangsaan melayu aka malay nasional bank. 1st bank yg ditubuhkan untuk orang Melayu.

Masa tu just ada 2 bank asing je iaitu the Chartered Bank (British punya) & Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC). Kedua-dua bank ni memang x bagi langsung orang Melayu buat loan that time. So orang Melayu terpaksa pinjam duit dari ceti2 haram & ahlong2 dgn kadar interest yg tinggi. Perkhh!!

Tu pasal la arwah Maarof ni masa tu dia keje bank, tadi kata lawyer pastu  keje bank plak? Lawyer bank kot? huhuuu... ok, dari situ la dgn jitunya Maarof  menubuhkan bank utk orang Melayu ni. Beliau sanggup menjual harta aset yg ada semata2 utk menubuhkan bank ni demi Melayu.

Once time, ketika dorg berpindah rumah ke area Seputeh tahun 1947, Maarof Zakaria ni pernah cuba ditembak tapi dia terselamat time tu. Walaubagaimana pun, 10 bulan lepas adegan tembakan tu, Maarof Zakaria ni telah dilaporkan hilang. Selepas 2 hari kehilangannya, mayatnya dijumpai tergantung di sebatang pokok di hutan berhampiran batu 13, jalan KL-Bentong.

Masa tu, dikatakan kematian Maarof Zakaria tu ada kaitan dgn kedua2 bank asing yg sedia ada masa tu. Mesti dorang rasa terancam dgn penubuhan bank khas untuk orang Melayu, sebab ini Tanah Melayu & orang Melayu ada bank sendiri pasti bangsa Melayu boleh pergi jauh dan mungkin mereka rasa terancam dgn masa depan bangsa dan financial memasing. Tu la dorg carah awal2

Tapi juga tidak tahu kebenarannya sebab tu kematian Maarof Zakaria ni dikatakan misteri yg masih x dpt diungkai hingga saat ini.

Bagaimanapun, pembunuhan Maarof Zakaria ni hampir menyerupai pembunuhan pegawai Bank Bumiputera Finance di Hong Kong yang akhirnya membongkar Skandal BMF.


Tuesday, December 23, 2014

NYaMPaH

Bole x korg tax agent buat keje sendiri x payah mntk tolong aku provide info?

Adoii naik menyampah betul aku nak membuatnya


Friday, December 19, 2014

DaMia 4 Yrs








muahhs

Sushi King Buy 1 Free 1

(gambar ihsan google tahun 2012 now dah 2014)


Burrpp..!! Alhamdullillah.

Kenyang.

Macam xde keje, every week nak makan benda yg sama.

Buy 1 Free 1
Sushi King
Jaya One
Every Tuesday & Friday

Bye




Tuesday, December 16, 2014

' return of the king '

Jadi.. Sebelum aku tutup artikel panjang berjela ni, rasanya mungkin korang dah dapat tangkap sikit-sikit kot siapa sembilan orang Nazgûl dalam zaman sekarang ni dan siapa sembilan orang yang boleh dikategorikan sebagai ‘Fellowship of the Ring‘ ni.. Kalau lihat dunia dari mata burung, dan bukan dari bawah tempurung, Inshaallah Taala.. Korang akan nampak.. Kalau korang tanya aku, 9 orang Nazgûl dah ada dah pun zaman sekarang ni.. Tapi sembilan orang dari ‘Fellowship of the Ring‘ tu belum ada lagi.. Tunggu waktu dan ketika yang sesuai sahaja untuk dizahirkan nanti.. Inshaallah Taala..! Ini pendapat aku.. Kalau tak bersetuju, tak ada masalah..
Ada pendapat sahabat-sahabat aku mengatakan yang 9 ahli Majlis Raja-Raja Melayu ni lah 9 yang menjaga cincin tu (fellowship).. Tapi persoalannya cincin apa..? Takkan cincin Rosmah Mansur yang harga RM25 juta tu..?? Kah kah kahhh..!! Ada juga yang mengatakan kisah LOTR ni adalah berkaitan dengan cincin Nabi Allah Sulaiman AS.. Tapi akal sempit aku lebih memproses data maklumat mengenai cincin Rasulullah SAW.. Macam mana rupa cincin tu..? Haaa… Untuk pengetahuan korang, cincin tu ada tulisan.. Dan tulisan itu dah pun di buat logo sekarang ni dijaja merata-rata oleh ‘Mujahiddin’ Sufyani kesayangan geng-geng Wahabbi yang duduk merapu meraban ni kat Syria, Iraq dan dunia umumnya dalam zaman sekarang ni sedangkan isu kekejaman Israel di Palestine, masih terbiar sepi tanpa pembelaan dari puak-puak ‘Mujahiddin Daulah’ ni.. Logo itulah cincin Rasulullah SAW, dan puak-puak Sufyani inilah yang dah menjadi ‘Lord of the Rings’ dalam akhir zaman ni..
:-)
So.. Are you ready for ‘the return of the King’..? Khalifah yang sebenar-benarnya..?
Amalkan baca Surah al-Kahfi ayat 1 – 10 dan ayat 100 – 110 serta doa mengelak fitnah Dajjal sebab segalanya dah semakin hampir.. Inshaallah Taala!
Salam & Solawat!
“Allahumasoli’ala Muhammad Wa’ali Muhammad Wa’ajjil Farojahum Wa’immam’ul Mahdiyi
- copy paste -

Monday, December 15, 2014

PiNJaM



Damia : kakak nak baju elsa mommy

Mommy : mommy x cukup duit kakak

Damia : kakak ada duit


mommy & abi pun rasa macam nak guling2 gelak

Mommy : tu la mommy ajar kira-kira kakak xnak belajar. Duit kakak mana cukup. Duit kakak ada RM10 je, baju harga RM80, mana cukup.

Damia : okay, kakak pinjam duit mommy dulu

Wakakakakakakakakaak...

Amboi mana dia dengar ayat pinjam meminjam xtau la.

Mommy : kakak, kalo kakak nak beli baju, kakak kena simpan duit. Kumpul2 duit kakak dari sikit2 lama-lama jadi la bukit dah cukup baru boleh beli baju. Ok?

Damia : angguk

Nasebek dengar kata.

X bole la camtu, kakak nak dapat nak dapat. Ikutkan RM80 tu boleh je mommy beli kan tapi mommy nak ajar sikit je caranya supaya kakak nanti akan lebih appreciate.

Ok my dear?


aHaaa...

Sekali kantoi la pulak ..

hhahahahaagagagagahahahagagagahhahahagagagahahhaagahagahaggaghagaaa....

orang hati busuk walau cemana pun caranya mmg x paham

hahahahahahahahaahahahaha

Friday, December 12, 2014

BRa

Oh yeah, tadi masa tgh2 cari bra kat warehouse sales Triumph, ada la sorg minah ni.

Dia terus try pakai depan org ramai ni xpe lagi. Aku still relax lagi. No hal la, kalo nak malu pun ko lah yg malu dgn org sekeliling.

Yg buat aku rasa minah ni memang xde manners adalah, tetiba ada sekor jate diri sebelah  dia.

Selalu2 aku mmg nmpk laki ikut bini gi beli bra itu xpe lagi. Yg ni aku x nmpk la rupa korang tu laki bini. Hanya jauhari boleh kenal manikam. Entah lah.. lebih kurang gitu la. Kalo salah eja ermm... maafkan beta.

Pastu minah tu siap2 gitau tunjuk2 la kat boiprend dia, x berapa best cam gini sebab cuba u tgk ni.. mmg x full..balbalaaa... yg laki tu dok sengih2 melayan kan pompuan tu. Pastu siap tanya org, promoter tu balbalbablaaa... dgn gediknya dgn apanya. Cuba you tgk i pakai ni.. ok ke ok ke?

Adoi la dik. Kalo dah perangai ko tu cantik sgt ko nak tunjuk depan org ramai, cuba tunjuk sikit ko tu kaya. Kalo x kaya pun buat2 kaya bukan org tau pun bape banyak duit dlm wallet ko tu. Amik bayar. Habis cite.

Ni nak terkinja kinja dgn bra kat baju ko tu siap org keliling boleh tgk kot besar ke kecik aset ko tu. Tolong la budak2 zaman sekarang ni.

Orang zaman sekarang ni dok belajar tinggi2 nanti keje gaji besar boleh beli pape je tau. Ko je yg terkinja2 nak beli bra selai pun sikit punya payah siap bawak ascot yg xde rupa calon suami sibok lepas ni bole gi swimming la apa la.

Tu lagi satu, ada ke org swimming pakai bra buat bikini? Nak swimming pakai bikini la dik. Pakai swimming suit ke. Xde ko pakai bra de dekk oiii..



TRiuMPH SaLeS

Ingat senang nak tgk triumph ada sales?
Kalo Jusco ada sales pun nama triumph ada kat dalam tu nak buat sales? mimpi ko la

Triumph mmg mahal. Aku pun terpaksa je pakai triumph ni nak nak dulu mampu sgt la aku nak beli. Sekarang? 

Selalu aku beli ada 1 jenis tu. Mmg itu aje la yg aku pakai. Sedap pun sedap x nipis sgt n x tebal. Cup ukur lilit semua macam sedap terletak. Mcm ada brand lain yg aku try, cup dah ok tp ukur lilit longgar. Pakai longgar2 kang londeh la jadinye kang. Huhuu..

Ye lah, mahal2 pun katanya kualiti bagus. Mmg aku pun jarang la bertukar atau membeli baru. Sekali beli mcm last yr nak raya ada promo sikiitt, beli 3 terus. Dgn stok sedia ada, so, cukup lah setahun lebih aku xde beli baru. La ni, yg hok lama2 dulu mcm dah x berapa sedap nak pakai so aku nak kena la membeli yg baru. Mana xnye aku pun basuh main campak yo dlm mesin basuh. Nama nak cuci tangan tidak.

Sekali last week lepas kelas mid brain Damia balik tu singgah la ke Jusco Equine Park. Cari triumph..Tu dia. Hok pesen yg aku pakai lama dah tu dah xde dikeluarkan lagi. Adehh.. Aku tgk harga stok yg besar yg tinggal RM59 x silap aku. Uiihhh.... Aku pakai dulu dari harga eh RM39.90 je selai. La ni dah jadik RM59.90? uiihh lahai.

Ye lah, panties dia pun dulu 3 pcs RM 12.90 la ni dah RM18.90 x silap aku. Tersodak dibuek eh.

Kalo aku kenal2 harga dah mahal maybe x terasa sgt. Tapi sebab aku pakai dari harga RM12.90 la ni jadik RM19.80 x terkejut beruk dibuatnya? Huhuuh..

Disebabkan hok pesen yg aku selalu pakai tu dah x dikeluarkan lagi so aku jenguk2 la yg lelain. Paling murah bape aku tanya. I dont care la. Org lain maybe malu nak tanya gitu. Aku tanya je sebab ko punya murah pun bukannya murah pun. 2 for RM169 kak. Promoter tu jawab. Mengucap ngucap aku dgr. Asal la triumph ni mahal sgt aku kata. Pastu bdk promoter tu kata kualiti.

Adoii boring aku dgr. Selamba aku sound, U x yah cite pasal kualiti la.

Memula nak sambar gak RM169 for 2 tu. Tetiba Damia nak berak la plak. huhu.. budak kecik bukan boleh nak suruh tunggu2. Kang adanya melepas kat situ kang. So berambat la kami ke toilet. Lepas siap hajat, malas lak nak masuk balik. Sebab aku rasa mahal nau. Maybe pesen yg sama aku pakai kat out let lain masih berbaki. So aku hajat nak cari tmpt lain dulu.

Allah maha kuasa. 
Tengok2 kat opis aku ada sales triumph. 
Miahaaha.... Start 11 Dec until 14 Dec. 
Sila sila la dtg. Aku dah siap beli 2.

Bahahahahahahaa...

Triumph Sales
The School
Jaya One
PJ
11-14 Dec 2014


Nenek Xcident 2


Thursday, 11/12/2014 kan PH utk Selangor sempena Sultan's besday. 
So aku pun teman la nenek ke balai polis kole pilah utk beli report polis utk ketiga 3 kereta yg terlibat accident hari tu bulan May 2014.

Sarjan yg incharge cuti la pulak kan?
Nasebek anggota yg ada semalam ensem. Muahahaa...
Org Sabah bah.. muda lagi lah.

So penat la dia melayankan kerenah aku. Huhu..
Ok, kita x boleh beli repot orang suka2 je.
Tapi sebab aku pun bukan suka2 nak beli repot tu,
 kalo bukan insurans yg suruh beli, so, menurut polis ensem tadi tu kena buat surat.

Pulak.. surat rasmi dgn tulisan aku yg cantik mengalahkan doktor ni.
Nenek kata nasaebek aku ikut kalo x jenuh la pulak dia nak mengarang surat rasmi tu.
Dlm masa 5 hari bekerja baru siap. Maknanya kena ke sana la lagi ni nanti.

Siap beli report mak aku,
kami nak buat report pulak asal lak insurans tu boleh claim insurans keta aku n bukannya keta belakang yg langgar kan?

Bila di fikirkan, mmg kita aje la yg memandai mandai fikir gini sbb kita xtau canne org Kurnia insurans tu buat keje.
1- canne ko boleh deduct insurans keta aku padahal accident hr tu org belakang yg salah.

2- masa kes moto aku dulu pun sama. 
Aku repair guna cash bukannya claim insurans tapi ko memandai menadai je tolak jadi 0 NCD moto aku. Kononnya sebab aku repair moto claim insurans.
Phuii.. 
ko co besar pun buat keje main konon-konon, 
main ingatkan claim insurans, ooo bayar cash ke? Phuii sekali lagi.

Bila aku baca surat Kurnia insurans yg sampai tu, stated
Mereka difahamkan bahawasanya kereta penah accident pada 11/05/2014 tapi dorang baru tau pada bulan October 2014. Nape x inform dorg.
Eh.. ni bukan nak kira aku xcident mesti nak kena inform ko.
Kalo nak claim insurans ko ye lah aku inform.
Aku patutnya claim insurans keta org lain.

Pastu, xkan ko main inform2 aje kot nak deduct NCD org jadik 0%.
Mesti la ada org claim baru ko deduct.
Phuii betul lah.

So, skrg, insurans dari RM20K dah tinggal RM3K. Sila buat pembayaran lagi untuk perlindungan seterusnya blabalbalaa dalam masa 14 hari dari tarikh surat?
Bole?

Memang keta aku accident tp patut claim keta org belakang.
Sarjan yg bertugas pun kata mmg salah org belakang. Insurans claim keta dia.
Polis repot pun terang2 dah stated yg kereta belakang yg langgar.
Adoiiyaiai... tetiba hangin.
Polis yg masa aku buat report kata dia x penah dengar kes gini.
Ni baru 1st kes.

Habis cerita balai polis,
kita ke rumah...


cak!!!



hahaha... lama dah x jumpo..  asal ko gomuk ni Suzi?

Suzi : meh makan
Aku : alaa.. aku diet la Suzi
Suzi : xde mendenya.. lain hari je ko diet. Hari ni ko kono makan

Maka selamat la sepinggan nasi masuk ke dalam perut.. huhuhu
Diet sangat..


ni anak Suzi namo eh Alia.
Mak aii.. apo lak puteh budak Alia ni Suzi?
Tapi bilo tgk2 ingat2 ghaso mmg Suzi x gelap pun sebenarnya. 
So logik la anak dia putih.

Nama pun girl kan? Tgk baju apa yg dia pakai?
Memula smp tu dia pakai baju biasa je.
Sekali aku pegang baju Elsa yg dok tergantung kat pintu bilik. 
Baju yg kaler biru princess tu.

Haa.. sejak dari tu je, 3x bertukar baju budak Alia ni.
Kejap dia pun pakai la baju princess Elsa yg kaler biru tu siap apa ek yg labuh2 kat belakang tu panjang la menyapu lantai.
Siap berpusing2 kepala Damia nengok kan Alia.

Nasebek anak aku x merengek nak nak jugak baju yg sama.
Miaaahahahaa...
Dah habis posing baju tu di tukar lak pakai baju yg lain.
Baju dlm gambar atas ni. Baju putih tp tang skirtnye kaler biru.
Baju tu pun aku nak beli gak utk Damia hari tu tp ada kaler purple je n 
nampak x berapa comel kaler purple. 
So xde la aku beli.
Yg Alia pakai kaler biru. Mmg la cantik comey.
Pun naseb baik Damia x merengek.

Agaknya sebok dia melaram tu sebab Damia mmg siap2 pakai baju Elsa kaler merah ada renda2 ni.
Dah siap dioder dek Suzi soh aku belikan nanti ..
Heheh..
ye ye kalo aku gi aku bolikan yo Suzi. Insha allah.


k bye
semoga jupo lagi yo Suzi..
dimurahkan rezeki.. insha allah







Wednesday, December 10, 2014

Nenek Xcident

Ha punya la gempak title post kan.
Huhuu..

Actually mmg la nenek Damia yakni mak aku ni ada accident. Bukan bebaru ni. Bila ek? Dlm past 3-4 months la.

Kisahnya gini, di simpang kat Kuala Pilah sana tu, mak aku n beberapa kereta berhenti la. Pastu keta belakang ni laju datang di rempuhnya keta mak aku. Mak aku pulak akibat dr rempuhan belakang tu, dia pun merempuh pulak keta depan. So sekrg 3 kereta la yg terlibat.

Sapa salah? Dah lepas report polis apa semua siap, polis pun kata salah kereta yg paling belakang tu n insurance akan claim kereta yg belakang tu.

Ingat dah settle la kat situ. Kereta pun dah selamat siap repair apa semua.
Tapi apa yg berlaku sekarang pulak?

Mak aku pun dapat surat insurance, rupanya accident tu depa dok claim keta mak aku. Haram kejadah betul!

So, bila dah dirujuk balik pada insurans, depa soh mak aku gi balik balai polis tu n beli report ketiga3 keta. Report mak aku tu dah hilang la kan.

Lebih kurang jugak jadik macam kes aku dulu tapi aku hilang moto. Punya lah aku x percaya langsung2 ni moto yg bapak aku belikan boleh hilang. Sungguh aku xleh nak caya. X caya sebab sentimental value sikit moto tu. Tetiba, jumpa balik you moto tu. Kuasa Allah s.w.t. Alhamdullillah..

Tapi bila dpt balik kat aku tu, tmpt kunci dah xde la. Maksudnya kena ke bengkel repair la. Alaa.. repair moto bape la sgt kalo nak dibandingkan dgn kereta. So, aku bayar cash aje la apo lak nak claim insurance.

X lama lepas tu aku dpt plak surat insurance ntah hapa kebenda ntah isi dia kalo ikut kebiasaan aku maleh la nak amik pusing. Masa nak renew kot baru aku pasan asal NCD aku jadik 0%. Rupanya dorg dah tolak pasal repair.

Nampak sangat x insurance ni buat keje macam haram ke jadah sial?
Mmg hari ni mood aku nak mencarut aje rasanya ni..

1- Moto aku rosak aku gi bengkel nak repair.
2- Siap repair kalo aku x guna cash aku guna insurance.
3- Bengkel claim kat insurance.
4- Insurance reimburse payment kat bengkel.
5- Insurance tolak NCD aku.

Semua proses di atas tu byk la keje documentation especially bila melibatkan duit. Aku pun keje finance gak prepare2 cek apa semua bagai so ak tau lah kan. Nak2 ko kan company insurance, company besar. Lagi besar company lagi payah ko nak keluarkan duit. Tapi nak amik duit memang la cepat.

Persoalannya,
1- aku x claim insurance sebab aku bayar cash guna duit gaji aku sendiri.
2- canne ko boleh reimburse payment kat bengkel lak bila xde claim?
3- suka hati kau pulak kan nak deduct NCD aku.

So, utk kes mak aku ni, aku siap pesan kat mak aku. 
1- gi beli balik report as adviced by insurance co tu
2- buat report ke bengkel tu questioning canne lak boleh claim insurance mak aku.

Susah sgt, 
" gi esok je la orang ikut sekali ".. gitu la aku gtau mak aku. Nasebek esok PH utk Selangor, so boleh aku ascort mak aku. Keta pun nama aku. Huh! Nama je la yg bayar je tuannya bayar la sendiri.

Nasebek teringat kat budak sekolah aku dulu Nadia, dia sekarang inspektor kat Seremban. Xtau bhgian apa. So aku pun called la dia tadi. Dia kata salah dah kat situ gi claim insurance mak aku. Lagi 1, t dia gi refer ke bhgn trafik pastu dia feedback.

Nad, ko jgn luapa haaa...
Macam kan dia baca blog aku. Ye la ye la aku whatsapp dia la as reminder.



Diet 1st Day


haaa.. tu dia sardine roll.

Last weekend ms time mid brain class dgn sepupu tetiba baru tau pasai diet atkin ni.
Sepupu n fren gigih la ni nak berdiet.

Tgk2 menu agak menyelerakan. Bukannya kata ko diet, so ko xleh makan.
Tapi sebenarnya diet atkin ni dia focus pada kurang makan karbohidrat.
So jgn makan nasi n segala jenis mak nenek mee.
Tu dia.. dah la feberet ai segala mak nenek mee.
Huhu..

So, cite2 dgn budak opis mate ni tetiba je kitorg pun set utk berdiet.
Ehh melampau betul nak suruh aku start malam tadi.
Balik rumah selamat dah aku makan eskrim. Ye lah, dah beli xkan nak bazir ye x? 
Habis kan dulu stock es krim magnum yg aku beli 1 box ada 12 tuh time promotion last week.

Ok, benda yg pantang jgn makan ikut program diet atkin ni.. antara yg aku ingat le hasil dr penggooglelan..

1- no nasi
2- no segala jenis mee, macaroni
3- no sugar
4- no kekacang
apa lagi..?

Ok lagi, aku tgk menu dia byk telur.
Hari2 ko nak telan telur?
Dulu macam dgr xleh la makan telur bebyk sgt.. tp program ni boleh.
Aku pun lupa asal x boleh..

Dulu2 masa sekolah tang piramid makanan tu mmg nyampah betul aku nak baca faham hafal.
Segala mak nenek jenis vit A la B la C la haram aku nak fahamkan.
Tetiba keje Guardian jual vitamins.. hahaha 
boleh?

Tetiba aku teringat, dulu masa keje Guardian aku penah beli dictionary vitamins. 
Mmg bagus n complete buku tu. Tebal pun tebal hard cover.
Mahal pun mahal.
Memang sialan sapa yg pinjam x pulangkan.
Aku x leh recall sapa.
Janji aku haramkan ilmu yg ko amik dr buku aku tuh.
Jadi hak milik aku pun br beberapa bulan je rasa..
Sebab tu aku haram kan.
aku beli utk aku timba ilmu, baru je beli, n mmg mahal beratus harga buku tu.

Kalo nak aku maafkan sila pulangkan buku tersebut.
Sekarang byk kekdah nak cari org..
Ko cari je kat fb konpem mesti jumpa.
Kalo org tu xde fb, org sekeliling dia mesti ada fb.
Boleh cari boleh mntk no fon.
X jumpa mmg alasan nak mampus la ko ni..

Tetina emo plak ni pagi hari ni..?

Oh yeah.. berbalik kepada cerita diet tadi ni,

1st day
Wednesday
10/12/2014
breakfast : scremball egg.. erkk.. canne ntah nak eja
lunch : sardine roll
malam : x fikir lagi.
berat at 10am : 60kg

mak aii.. tu pun aku x rasa gemuk? x reti2 nak diet?
tgk gambar baru pasan aku dah gemuk rupanya
biahahahaaa... 


Friday, December 5, 2014

Drawing


Mommy : eh eh.. kakak lukis apa tu..??
Damia : kakak lukis baju..
Mommy : ooo.. pandainya anak mommy lukis...
ni baju siapa ni?
Damia : ni baju mommy, baju abi, baju kakak..
Mommy : tapi ni lagi satu ni baju siapa?
Damia : ni baju kawan mommy.. aunty..
Mommy : wahhh!!!!!! aunty Fauzani pun dapat selai...????
Damia : ye lah...

ok fine.. haahhahaha...


Mommy : tapi ni apa yg bulat2 ni? petak2 ni apa pula?
Damia : yg ni (bulat) butang..
Mommy : oooo...
Damia : yg ni (petak) poket...
Mommy : OooooooO... pandainya anak mommy...

hehe


Pandai betul anak aku melukih.. hihihi...
Budak2 sekali je di ajar terus masuk pala otak.
Yg aku ingat last week aku bawak balik drawing baju. 
Dah xde keje kat opis kan, aku pun dok bantai la melukis baju Damia.
Bercita-cita nak jahit baju labuh gown utk Damia.
Damia nmpk drawing tu, dia amik belek tengok maka siap lah 2-3 hari selepas tu aku tgk Damia pulak dok melukis.
Hihi... tang seluar ni aku xde ajar. Tau pulak dia laki pakai seluar.
Hehe..
Pandai kakak.. mommy sayang kakak.



Yg tu kisah drawing last week, ni drawing last nite pulak.
Dah ada improvement.
Last time baju je.
La ni dah ada orang.




Mommy : meh sini mommy tengok kakak lukis apa
Damia : Ni kakak, ni adik ..
Damia:  ni mommy, ni abi..
Mommy : Wahhhhh.... adikkkk???!!!! 







Wednesday, December 3, 2014

DaMia 8 MoNTHs

Haha baru noticed.. asal lak post n ada kat draft??
onpius aii..

so kita post jugak lah
after 3 yrs ++


Ini la muka wajah rupa Damia ku sayang genap 8 bulan.. Mmm...apa perubahan eh? Mama tgk mcm same aje lah pulak. Tp bukan main la pak ngah la pak long la nenek la dok gelak2 bila tgk muka Damia. Awatnye? Depa bilang muka Damia fotostat muka abi. Mmm...ye ke?
 Utk mengetahui kebenarannya jap mama gi snap muka abi jap..
haa.. sama ke? sama ke??

selain dr itu, di usia 8 bulan... gigi Damia sudah berjumpah 7 batang. Wahh...cepatnya gigi gigi beliau tumbuh..


Tuesday, December 2, 2014

Degree Cost

 Berapa ye kos utk pengajian degree zaman la ni? Aku dulu grade degree tahun 2003. Ingat lagi last paper 18 Oktober 2003. Disember 2003 aku start kerja tetap. Of course la ada probation period tapi maksud aku di sini tetap adalah bukan kerja sambil-sambil sebelum dapat kerja best. Senang cerita aku start kerja yg menggunakan kelulusan degree. So istilah menganggur xde dalam diary hidup aku. Dulu..! hahaha...

 Aku enroll UiTM Shah Alam fakulti Perakaunan pada tahun 2000. Satu semester kami akan dpt PTPTN RM3250, setahun RM6500. So total selama 4 tahun belajar adalah RM26,000. Tapi loan PTPTN aku just 5 semester je yakni 2 1/2 tahun bersamaan dgn RM16,250.00. Pastu aku adalah budak paling pokai kat Shah Alam. Ye ah.. bebudak lain dapat je loan gi joli katak. Aku melopong je. Nak makan pun missed!

 Then, bila aku start kerja, aku lupa hal-hal yang aku dah considered, aku telah membuat keputusan bahawasanya aku hanya akan memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak2 aku nanti. Tapi exclude cost untuk mereka further study. U apply loan same as me then u study smarter to get scholarship.

 Apabila start bekerja sekarang ni, boss aku women Chinese. Shes a mom of 3 kids. Or shes a nanny of 3 kids same age as Damia. Hehhee.. meaning dia dah tua lah. Age 61 already but still working. She's still working not because of money oriented. She got a lot of money already. But just bcoz she start her working life a bit late. Lps yg sulung further study oversea only she starts working until now. Before, she resigned just to rise her kids. Aku nak gak buat gitu but kekangan kewangan tidak mengizinkan. Ikut kan dah ada je peluang tersebut as jobless, so i should take take opportunity to rise my daughter but.. huhu... i cant be a surirumah.

 Ingat lagi masa aku bergelar penganggur, 24 jam Damia berkepit. Aku kat ruang tamu Damia kat ruang tamu. Aku kat dapur, Damia di dapur. Aku gi dalam bilik, Damia pun ke dalam bilik. Sampai bayangkan, aku tengah menonton tivi, baru nak bangun bergerak ke dapur Damia terlebih dahulu sampai ke dapur. Huhuu.. So, bila abinya sampai rumah after working, aku pun melepaskan Damia untuk dijaga oleh abinya. X boleh. Aku boring bosan cepat marah. Sebelum aku mengapa-apakan Damia adalah lebih baik abinya jaga.

 Tapi bila dikenang kembali, bukan Damia puncanya. Tapi adalah sebab rasa stress and tension being jobless.

 Berbalik kepada cerita boss aku tadi, ketiga-tiga anaknya adalah oversea graduated. The youngest is a doctor and already migrate to Australia. She supported all or full cost of all her kids studying abroad. Huhuuu... got a lot of money aa..?

 Malay? Dorag boleh nak harapkan government. Gitu la boss aku kata. 

 Yup dia menukar or aku telah terinspirasi dari dia. Ntah la... bm aku mmg failed!. Tapi aku telah bertukar cecita from my kids have to bear their study cost themselves to I will provide the money for them.

 So, dari degree cost RM26,000 utk 4 tahun di UiTM Malaysia, yes, aku kira dari the lowest cost. Huhuu... Kalo other local U rasa ada mahal sedikit. Jika 10 tahun yg dahulu memerlukan kos sebanyan RM26000k mendapatkan degree, 15 tahun akan datang adalah masa Damia. Damia akan memerlukan RM100,000 untuk local U, UiTM (selepas consider estimate 4% inflation).

 Bayangkan kita dengar dah terbutang mata apatah lagi depa yang nak kena berhutang. Bila aku realized the situation, feels very pity to my daughter. Kalo aku mula bertindak sekarang why not kan?

LeSeN

 Selalu orang yang dah ada lesen ni bila any thing bad happen, tengok dulu lawan dia. Bak kata lah lawan dia kecik sikit ka, budak  sikit ka, nak2 kalo lawannya tu xde lesen. Uihhh memang nak di makannya lah.

 Aku penah gak terbabit dalam satu tragedy kemalangan. Time tu kami sedang menunggang motosikal dari Jusco Bukit Raya menuju pulang ke rumah sewa di Seksyen 17 Shah Alam. Lepas menonton last movie. So, around 11.45pm kami melalui Puspakom yang terletak di Padang Jawa, di mana kami terlibat dalam kemalangan.

 Kemalangan ni berpunca daripada seorang pemandu lelaki India yang berusia lingkungan 40-50 thn. Sambil memandu sambil bercakap di handphone. Ye lah, nak jumpa kawan tapi x tahu simpang mana yg harus di ambil. Simpang kanan ni ke, simpang kanan yg di hadapan tu? Dalam teragak2 slow slow laju tu tetiba baik punya kereta tu membelok ke kanan. Akibatnya, budak lelaki yang menunggang motosikal ni pun x sempat mengelak terus di rempuh oleh si pemandu yg membelok ke kanan tanpa bagi signal. Lalu budak laki ni telah tercampak ke tengah jalan. Seterusnya, kereta Satria di belakang budak yang tercampak tadi a.k.a kereta di hadapan kami telah melakukan emergency brake untuk mengelak dari merempuh budak yg telah tercampak ke tengah jalan tadi.

Dan kami? Kami juga telah sedaya upaya utk mengelak dari merempuh pula kereta Satria tadi. Alhamdullillah, kami berjaya utk tidak merempuh Satria tersebut bagaimana pun, kami telah bergesel dgn bahagia belakang buntut Satria tersebut lalu kami jatuh bersimpuh ayu di tengah2 jalan. 

X tahu kenapa tapi selepas mengalami incident2 yg tidak diingini begitu pasti akan membuatkan aku silent. So, kami just dok diam2 tepi jalan tu selepas called para sahabat untuk dtg rescue kami. Apa yg kami perhatikan, budak laki tadi memang mangsa keadaan betul. X lama lepas tu je kawasan kemalangan menjadi penuh dgn orang padahal jam dah pun menunjukkan ke angka 12 tengah malam.

Aku perasan budak laki tadi telah muntah darah. Dan apa yg berlaku? Dengan lantangnya si India punca kepada kemalangan tadi ni berkata

" tu la ni budak ni xde lesen "

Naseb kau baik je aku dok dendiam kat sini tau.

Walaupun budak tu xde lesen, tapi siapa penyebab utama kemalangan berlaku? Kalau lah hanya sebab tiada lesen kemalangan boleh berlaku, aku ingat baru start moto budak tadi dah tergolek dog. Awak ada lesen tapi hakikat sebenar awak lah punca kemalangan berlaku. 

Apa yg aku tengok, si abang telah datang ambil si adik dan habis di situ. Maka terlepas la si pesalah hanya kerana dia memiliki lesen dan mangsa tidak memiliki lesen.

Jadi paham x adik2 yg xde lesen? Sila amik lesen kalo nak memandu okay.

Berbalik kepada kes driver yg sambil memandu sambil sms. Sambil memandu sambil jawab phone bole diterima akal lagi. Erkk.. hakikatnya memang perilaku tersebut salah di sisi undang2 kerana boleh mengakibatkan kemalangan yg buruk. 

Kenapa kita tidak boleh menggunakan handphone ketika memandu adalah kerana, selalunya orang x boleh focus pada 2 benda dalam 1 masa. Contohnya, bila kita bercakap di telefon, automatik kelajuan kereta akan berkurangan. Sebab main focus dari menekan pedal minyak kereta telah bertukar kepada bercakap di telefon. So mulut laju bercakap kaki akan slow bertindak. 

Selain dari itu, apabila sedang bercakap, otak kita akan focus utk mentafsir atau memproses apa yg di dengar. Sebab itu apabila sedang berbual di telefon, otak kita kurang peka dengan kereta dihadapan yg telah menekan break. Akibatnya kita terpaksa membuat emergency break. Silap haribulan rempuhan berlaku.

Zaman la ni semua pakai handphone canggih2, touch screen bagai. X yah cakap org, tanya diri sendiri, ada x sambil drive sambil sms? Kalo pakai handphone butang picit2 aku boleh terima pakai lagi nak drive sambil sms. X yah tengok screen handphone pun bole type sms. Tapi zaman lani x payah lah nak tunjuk terer sgt. X payah nak ber sms sambil drive kalo pakai touch screen wahai dik nun dik nun semua. Tolong la. 

Kalo ko xcident ko mati xpe. Ni dah lah ko punca xcident pastu ko sihat, orang lain yg mati. Canne? Tanggung la kau rasa tu selagi hayat di kandung badan.