Selalu orang yang dah ada lesen ni bila any thing bad happen, tengok dulu lawan dia. Bak kata lah lawan dia kecik sikit ka, budak sikit ka, nak2 kalo lawannya tu xde lesen. Uihhh memang nak di makannya lah.
Aku penah gak terbabit dalam satu tragedy kemalangan. Time tu kami sedang menunggang motosikal dari Jusco Bukit Raya menuju pulang ke rumah sewa di Seksyen 17 Shah Alam. Lepas menonton last movie. So, around 11.45pm kami melalui Puspakom yang terletak di Padang Jawa, di mana kami terlibat dalam kemalangan.
Kemalangan ni berpunca daripada seorang pemandu lelaki India yang berusia lingkungan 40-50 thn. Sambil memandu sambil bercakap di handphone. Ye lah, nak jumpa kawan tapi x tahu simpang mana yg harus di ambil. Simpang kanan ni ke, simpang kanan yg di hadapan tu? Dalam teragak2 slow slow laju tu tetiba baik punya kereta tu membelok ke kanan. Akibatnya, budak lelaki yang menunggang motosikal ni pun x sempat mengelak terus di rempuh oleh si pemandu yg membelok ke kanan tanpa bagi signal. Lalu budak laki ni telah tercampak ke tengah jalan. Seterusnya, kereta Satria di belakang budak yang tercampak tadi a.k.a kereta di hadapan kami telah melakukan emergency brake untuk mengelak dari merempuh budak yg telah tercampak ke tengah jalan tadi.
Dan kami? Kami juga telah sedaya upaya utk mengelak dari merempuh pula kereta Satria tadi. Alhamdullillah, kami berjaya utk tidak merempuh Satria tersebut bagaimana pun, kami telah bergesel dgn bahagia belakang buntut Satria tersebut lalu kami jatuh bersimpuh ayu di tengah2 jalan.
X tahu kenapa tapi selepas mengalami incident2 yg tidak diingini begitu pasti akan membuatkan aku silent. So, kami just dok diam2 tepi jalan tu selepas called para sahabat untuk dtg rescue kami. Apa yg kami perhatikan, budak laki tadi memang mangsa keadaan betul. X lama lepas tu je kawasan kemalangan menjadi penuh dgn orang padahal jam dah pun menunjukkan ke angka 12 tengah malam.
Aku perasan budak laki tadi telah muntah darah. Dan apa yg berlaku? Dengan lantangnya si India punca kepada kemalangan tadi ni berkata
" tu la ni budak ni xde lesen "
Naseb kau baik je aku dok dendiam kat sini tau.
Walaupun budak tu xde lesen, tapi siapa penyebab utama kemalangan berlaku? Kalau lah hanya sebab tiada lesen kemalangan boleh berlaku, aku ingat baru start moto budak tadi dah tergolek dog. Awak ada lesen tapi hakikat sebenar awak lah punca kemalangan berlaku.
Apa yg aku tengok, si abang telah datang ambil si adik dan habis di situ. Maka terlepas la si pesalah hanya kerana dia memiliki lesen dan mangsa tidak memiliki lesen.
Jadi paham x adik2 yg xde lesen? Sila amik lesen kalo nak memandu okay.
Berbalik kepada kes driver yg sambil memandu sambil sms. Sambil memandu sambil jawab phone bole diterima akal lagi. Erkk.. hakikatnya memang perilaku tersebut salah di sisi undang2 kerana boleh mengakibatkan kemalangan yg buruk.
Kenapa kita tidak boleh menggunakan handphone ketika memandu adalah kerana, selalunya orang x boleh focus pada 2 benda dalam 1 masa. Contohnya, bila kita bercakap di telefon, automatik kelajuan kereta akan berkurangan. Sebab main focus dari menekan pedal minyak kereta telah bertukar kepada bercakap di telefon. So mulut laju bercakap kaki akan slow bertindak.
Selain dari itu, apabila sedang bercakap, otak kita akan focus utk mentafsir atau memproses apa yg di dengar. Sebab itu apabila sedang berbual di telefon, otak kita kurang peka dengan kereta dihadapan yg telah menekan break. Akibatnya kita terpaksa membuat emergency break. Silap haribulan rempuhan berlaku.
Zaman la ni semua pakai handphone canggih2, touch screen bagai. X yah cakap org, tanya diri sendiri, ada x sambil drive sambil sms? Kalo pakai handphone butang picit2 aku boleh terima pakai lagi nak drive sambil sms. X yah tengok screen handphone pun bole type sms. Tapi zaman lani x payah lah nak tunjuk terer sgt. X payah nak ber sms sambil drive kalo pakai touch screen wahai dik nun dik nun semua. Tolong la.
Kalo ko xcident ko mati xpe. Ni dah lah ko punca xcident pastu ko sihat, orang lain yg mati. Canne? Tanggung la kau rasa tu selagi hayat di kandung badan.
No comments:
Post a Comment