Wednesday, December 24, 2014

Mustapha Maarof


Innalillah..

Arwah maintain encem dari muda smp tua.

Tapi aku nak cite pasal asal usul jalan maarof kat bangsar tu. Bangsar kan bole la dikategorikan kawasan elit sekali nama pulak Maarof. Sapa tu Maarof?

Masa Uitm dulu baru tau Maarof tu sempena nama ayah kepada pelakon Mustapha Maarof  ni la. 
Amboii sampai gitu sekali hebatnya?

Tapi x berkesempatan n x kuasa nak cari tau siapa itu Maarof. Just lepas arwah Mustapha Maarof ni pergi baru tau cite. Padahal google je la boleh je tau. Alasannya xde masa. Miahahaha

Mustapha Maarof Zakaria.

Maarof Zakaria ni lawyer rupanya, dan juga pengasas bank kebangsaan melayu aka malay nasional bank. 1st bank yg ditubuhkan untuk orang Melayu.

Masa tu just ada 2 bank asing je iaitu the Chartered Bank (British punya) & Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC). Kedua-dua bank ni memang x bagi langsung orang Melayu buat loan that time. So orang Melayu terpaksa pinjam duit dari ceti2 haram & ahlong2 dgn kadar interest yg tinggi. Perkhh!!

Tu pasal la arwah Maarof ni masa tu dia keje bank, tadi kata lawyer pastu  keje bank plak? Lawyer bank kot? huhuuu... ok, dari situ la dgn jitunya Maarof  menubuhkan bank utk orang Melayu ni. Beliau sanggup menjual harta aset yg ada semata2 utk menubuhkan bank ni demi Melayu.

Once time, ketika dorg berpindah rumah ke area Seputeh tahun 1947, Maarof Zakaria ni pernah cuba ditembak tapi dia terselamat time tu. Walaubagaimana pun, 10 bulan lepas adegan tembakan tu, Maarof Zakaria ni telah dilaporkan hilang. Selepas 2 hari kehilangannya, mayatnya dijumpai tergantung di sebatang pokok di hutan berhampiran batu 13, jalan KL-Bentong.

Masa tu, dikatakan kematian Maarof Zakaria tu ada kaitan dgn kedua2 bank asing yg sedia ada masa tu. Mesti dorang rasa terancam dgn penubuhan bank khas untuk orang Melayu, sebab ini Tanah Melayu & orang Melayu ada bank sendiri pasti bangsa Melayu boleh pergi jauh dan mungkin mereka rasa terancam dgn masa depan bangsa dan financial memasing. Tu la dorg carah awal2

Tapi juga tidak tahu kebenarannya sebab tu kematian Maarof Zakaria ni dikatakan misteri yg masih x dpt diungkai hingga saat ini.

Bagaimanapun, pembunuhan Maarof Zakaria ni hampir menyerupai pembunuhan pegawai Bank Bumiputera Finance di Hong Kong yang akhirnya membongkar Skandal BMF.


No comments: