Sapa tgk sapa tgk malam ni tadi? Pasal pengguguran haram..???
Aku nak share cite ni sebenarnya.. Pengalaman aku sendiri..Wehh...Pandang kiri kana sket ehh.. bukan pengalaman aku menggugurkan tp pengalaman aku jumpa org yg menggugurkan. Budaknya mmg lawa lah. Cantik. Cantik lawa betul2 punya ni. Kalo nak jadik model ke pelakon ke mmg laku lah muka dia. Budak lagi ni.. Tapi yg buat aku terkejut beruk tu statement yg kuar dr mulut dia. Jgn kata dia, memember dia, budak2 sekolah dia mmg hancur. Gulp!! Terkujat haku.
Walaupun cerita2 gitu dah mcm well known, xyah la kata aku terkujat..tipu lah. Tapi bila dah jumpa depan mata tu mmg terkujat la..
EHhh..aku x start cite lagi ke? Muaahahahaa... ok ok. Ceritanya bermula time lunch. Tengah2 aku kunyah2 tu, budak tu pun bukak cerita. Dia kata dia baru tau kenapa period dia x dtg lagi. Aku pun ternganga lah mulut. Otomatik kening aku terkerut2. " is there something related with S*****?" AKu mention name pakwe dia. Ntah..Tetiba je aku rasa cam x sedap. Dan dia pun angguk.. Ya Allah... Dah la lagi beberapa hari je nak masuk Ramadhan.
Ikut kata nasihat aku yg suci murni ni aku soh dorg nikah je. Nak wait apa lagi. Tapi sebaliknya pelbagai usaha yg telah mereka lakukan. Makan nenas la makan pill tu la ni lah. Aku ingat lagi aku penah asked budak pompuan ni.. Kenapa xnak nikah je? N tau x apa jawapan dia? Diakan anak yg sulung. Nenek dia sebab dia rapat dgn nenek dia banding mak, nenek dia mesti nak wat kenduri. Nak tgk dia sanding. Laa... ittu yg disebokkan? Habih kalo nikah dulu xle nak sanding ke?
Aku juga penah asked dia, dah byk kali ke dorg melakukan onar terssenut? @ hanya sekali je n terus lekat? Dia kata banyak kali. Kalo sekali bole dikatakan terlanjur. Tp kalo dah byk kali tu carik bala namanya. Setelah bermcm2 usaha mereka lakukan, kandungan x juga gugur. Itulah kuasa Allah. Kalo org yg dah kawen ni ada smp bertahun2 kawen tp x jgk dapat2. Ni yg xnak ni Allah bagi. Buat lah mcmn pun, Allah nak bagi jugak.
Last choice, dah xde pilihan, mereka buat keputusan utk nikah. So, berjumpalah mereka slow talk dgn family pompuan dulu. Bila si bapak asked kenapa nak kawen cepat? Menangis lah si emak apabila mendgr jawapan.
Next step jumpa parents lelaki pulak. Mmg sedikit mencabar la sebab bapak si lelaki ni drive Harrier. So org keje apa pulak kan bole drive Harrier. Bapak si pompuan ni bawak lori je. And guess what? Bapak si lelaki tadi ni bagi duit sponsor soh buang? Perkkhh..... Org Islam tu. Seorg bapa yg mempunyai 2 org anak pompuan pulak tu.. Set warning lagi anak jantan dia tu spy x berhubung lagi dgn budak pompuan ni.
Cinta mcmn pun, si jantan kecik ni have no choice katanya. Sebab dia still study dgn duit fully bapak dia. Kalo dia x ikut ckp bapak dia, nanti bapak dia xnak sponsor dia smp habis belajar, duit makan pakai semua xde. Then mcmn dia nak grade dptkan Ijazah? DUlu, bdk pompuan ni penah gitau aku nape dia pilih si jantan ni. Kalo nak dibandingkan fizikal, budak laki ni dah lah x ensem sedikit gemuk pulak tu. Mana lah padan dgn pompuan ni yg cantik lawa persis model. Dia kata, bdk laki tu ada masa depan disamping baik budi pekerti. Yg tu aku akui lah. Memang baik budaknye.
Pd aku, ko tu jantan. Nak nikah bukannya kena ada wali. Ko nikah aje lah dgn bdk pompuan tu jgn gitau bapak ko. Tu pd aku lah. Pendpt korg semua aku xtau. Sudahnya, lepas gugur, dorg putus. Lost contact la sebab jantan tu mmg dikawal ketat.
X smp setahun aku rasa, bdk pompuan ni jumpa pulak pakwe baru. Hmm... dulu aku set soh sumpah lagi , jgn diulang kesilapan lalu. Tapi malangnya, sekali lagi dia pegnant. Tp this time, dia x gitau aku. Dorg nikah pun aku x tau. Aku sebok2 mewar2kan aku pegnant, rupanya dia pegnant dulu. Nikah pun aku xtau. Kenduri sanding pun x ajak aku. Bila aku asked, dia kata segan. Mereka nikah after pregnant n sanding after delivered baby. Sehingga skrg, bdk pompuan tu xde cite pape pun dgn aku. Sebabnye? Takot aku marah. Kenapa aku nak marah? Sendiri cr penyakit.
APa yg aku kesalkan adalah, sepatutnya sekali buat dah cukup sebagai pengajaran. Tapi bole pulak pregnant utk kali ke 2 sebelum nikah? Bermakna dia tidak bertaubat. Tidak menginsafi keterlanjuran diri. Sekali kita bole kata silap. Tapi kali ke dua? Itu yg aku sgt2 kesal...
EHhh aku xde cite ke camne dia gugur? Gi kelinik la yg tterdpt byk kat area Bukit Bintang tu. Kalo korg ternampak la sesapa kuar kelinik pakai kain batik ke kain pelikat ke..haa..paham2 lah. Yg bdk pompuan ni xde pengalaman, xde la bawak kain spare. Habis lah seluar dia darah2. Dia kata, naik bilik smp tingkat 3. Masuk bilik dorg bg injection, terus pening2 lalat. Dia x bole nak tgk cam muka doctor yg buat. Mm... doktor kan org yg pandai2. Org x le cam muka dia. If anything happend xde sape bole nak sabitkan dia. BUkti xde..