Tuesday, March 15, 2011

BoToL SuSu BaBY - IMPORTANT!!

PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.
 Ok, sapa baca sokabor Berita Harian today? Aku mlm ni kol 10.40pm baru baca itupun online. Huhuhuu..

 Jadi di sini aku ringkaskan ek..
 Utk botol susu bayi jangan guna polikarbonat (polycarbonate) kerana mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) - dikhuatiri bole mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi.

 Jadi beli dan gunakan lah botol bebas BPA.


INFO: Bisphenol A (BPA) 
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat 
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi 
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol. 
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar 
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi. 
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other' 
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca. 

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat: 

  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada. 

  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit. 

  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. 

  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. 

  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti. 

  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan. 



  • Selain dari itu, botol mineral pun x bole digunakan berulang kali ye adik2 kakak2 makcik pakcik


    No comments: