Hikayat Merong Mahawangsa
dulu cite ni mmg di tunggu-tunggu la sebabnya... mesti hebatnye cite ni. Nak tgk gak kehebatan anak Melayu membikin filem yg bakal ditayangkan ke 73 buah negara. Ermm.. bukan calang2 filem berjaya di pasarkan ke peringkat antarabangsa.
Dulu dok tunggu2 Puteri Gunung Ledang. Walaupun sebenarnya aku ni bukan lah peminat filem Melayu, nak ke pawagam jauh la lagi. Tapi cite Puteri Gunung Ledang ni mmg aku ke panggung. Dan boleh dikatakan aku x kecewa langsung menghabiskan tenaga berbaris n menghabiskan duit membeli tiket filem tu dan juga membazirkan masa menonton filem tersebut.
Dan sekarang tiba pula giliran Hilayat Merong Mahawangsa. Sebenarnya aku pun konpius jugak.. byk2 ramai2 pahlawan Melayu yg terdapat dlm Sejarah Melayu kenapa mesti si Merong Mahawangsa ni yg di angkat. Apakah kehebatan beliau? Aku da lupa siapa dia sebab seingat aku sejarah form 3 ke 2 dulu adalah sebut pasal si Merong ni. Dan kalo aku x silap, dlm sejarah tu dia ada 5 adik beradik dan diakatakan dewa .
Lagi satu, kenapa mesti laki org putih ni yg pegang watak utama? Konpem2 dia tu berdarah omputih n muka pun muka omputih. Ye la..kacukan. Dah xde lagi ke org Melayu pure jati ??
Jadi utk menjawab semua persoalan aku tu sendiri, terpaksa lah aku tgk cite ni. Nak2 memember pun dah sebok Khamis ni weii Khamis ni.. Dalam kepala dok pikir... cemana la aku nak bwk Damia ni masuk panggung ekk??
3 comments:
Kau beli jela cetak rompak dud . Tak pyh nk berangan masuk wayang lagi .
wehh...nak kena masuk lokap ke??
owh hero der org putih ker owh?
aah ak excited nk tgk cter nih ;D
maklumlah first time org Malaysia wat cter cmnih ^^
Post a Comment