Baru lepas baca blog Dr Azman. I like that blog. Full of info. And just wanna to share with all of u. Dunno to classified as what. AMazing? Shocking? By the way thanks a lot Dr Azman. Here..http://drazwan.blogspot.com/search/label/For%20Laugh

Daripada lokasi yang makhluk ini terbaring, dengan rupa bentuk ekornya, mungkin dapat disimpulkan bahawa makhluk ini datangnya dari laut. Bagaimana ia sampai ke tempatnya sekarang kemungkinan ia telah dialihkan oleh seseorang, ataupun dia menngunakan tangannya ditampung oleh ekornya ke tengah daratan.

Jika dilihat dari bentuk dadanya, terdapat rangka dada (costal cartilage). Seperti manusia, rangka dada ini melindungi 2 organ penting tubuh iaitu paru-paru dan jantung. Daripada rangka dada ini kemungkinan makhluk ini bernafas menggunakan paru-paru seperti ikan paus. Kalau makhluk ini manusia yang bertopeng pun mungkin juga! tetapi cuba lihat gambar tangannya di bawah nanti. Giginya agak panjang dan tajam, kemungkinan ini makhluk pemaging (carnivourous) yang makan ikan. Makhluk ini tidak mempunyai hidung seperti manusia , bukaan terus ke tengkorak. Rupa bentuk tengkoraknya juga agak pelik, rahangnya kecil, gigi yang overcrowded, tetapi mulutnya luas, tidak berambut dan mempunyai seakan-akan sirip di tepi kepala yang membentuk seolah2 telinga. Kalau ada orang yang menyamar di sebalik makhluk ini memang berjaya menipu saya sebab nak buat rahang gigi yang kecik cam tu dengan bukaan mulut terjuih .. susah tu...

Sekali tengok cam alien. Cuba tengok tangan dia. Terlampau kurus kering atau "emaciated". Makhluk ini mungkin mati kebuluran sebab badannya kurus sangat. Rangka dada nampak besar seperti manusia. Panjang tangannya lebih kurang macam manusia. Ada tulang humerus sambung melalui bahu ke bawah dan ?radius-ulnar selepas siku ke tangan . Tangannya ada webbing, macam kaki itik menandakan ia makhluk yang hidup di laut. Kalau ada manusia yang memakai pakaian ini, badannya mesti betul2 kurus. Cuba tengok tulang tanngannya, takde otot langsung.

Ekornya cam ikan... ada sisik lagi pada kulitnya.

Makluk ini bersirip. Sisiknya jelas kelihatan.

Gambar dari belakang, dialihkan oleh seseAorang. Tulang belakangnya tak ubah cam manusia. Ada curvature lagi kat kawasan tulang lumbar macam manusia. Saya rasa, tulang belakangnya bersambung tulang pinggul sebab nampak macam ada tulang terbonjol di kawasan pinggul. Haiwan ini nampaknya panjang (tinggi), lebih dari 5 kaki. Daripada belakang, ia macam manusiaA
1 comment:
wAllahualam kejadian apa nih agaknya..
mngkin mermaid? @@
Post a Comment